Sunday 16 October 2011

KEHIDUPAN 7 : POSITIF

 ASSALAMUALAIKUM...


hmm...today i've wrote a story...
after dipaksa oleh my lovely fren..haha..
ku pasrah..ngeh3..


pasrah btol nie..

“aku tak nak menangis dah!” tekad Kauthar kuat.. tapi air mata jernih itu tetap setia mengalir di tubir mata bulatnya..dadanya terasa sebu..
“dah la tu..jangan menangis lagi..” hati kecilnya bermonolog lagi..
Sejadah dihadapannya di pandang lama..fikirannya melayang..satu persatu ujian yang mengunjungi hidupnya menjengah otaknya..
Mindanya mentafsir ke mana arah tuju hidupnya..
Apakah matlamat hidup yang sedang didiami sekarang?

“ya allah..andainya ujian ini mendekatkan hamba padaMU, kuatkan hamba untuk tetap berdiri di jalanMU..ya. hamba mengaku ya tuhan, aku hamba yang sangat hina dan lemah..aku berkata aku ingin menyintaiMU tetapi amalku tidak menghampirkan hamba padaMU..
Ampunkan hamba ya tuhan..hamba berdosa dan hina..
Hamba merasa jijik dengan diri hamba sendiri..dan hamba tak layak untuk menghuni syurgaMU lantaran amalku tidak mengecapi darjat penghuni syurgaMU..”
Air mata menitis lagi..jangan sedih..allah ada..DIA sedang melihat..DIA tahu kau sedih..oleh itu, DIA sudah dari awal- awal lagi mengutus surat cinta untuk mu..
DIA sudah lama berpesan pada mu
“ la takhaf wala tahzan..innallaha ma’ana”

Kauthar sujud mengakhiri doanya..
Sujud syukur di atas nikmat iman yang diberi allah padanya..
jangan berkira untuk sujud pada Allah walau dimana jejak kita



“wanita solehah itu..
Lembut wajahnya dan kata- katanya,
Manis bicaranya
Menyentuh jiwa..”




Kauthar  mengeluh..membuang pandangan pada sang langit yang setia bersama sang bulan..dadanya terasa sesak dan sebu..lagi sekali.
Wajahnya diraup perlahan sambil bibirnya melafaz istighfar panjang..cukuplah untuk merasa hamba ini berdosa sepanjang masa..
Mindanya bermonolog lagi..
wanita solehah itu sering dilabel lembut bicaranya, manis pertuturannya menambah kecantikan yang ada..
label dan branding itu membuatkan diri terasa seolah- olah tidak ada ruang untuk bergelar solehah..

“kak rahmah, opah..suria,ibu..sufi,mak.. dan kau kauthar, mama rock” mata Kauthar membulat mendengar trademark yang dicipta khas oleh maimunah dan kemudian gelak besar bergema..

“kak..adik akak ada jubah hitam tak? Nak pinjam tuk majlis lusa nanti la” mesej sent kepada kak dija..
“hahaha..xde la dik..adik akak lagi brutal dari kamu..” mesej dari kak dija Kauthar baca sambil tergelak kecil..

“bila ko nak jadi wanita ayu melayu terakhir nie Kauthar?” Tanya sahabatku concern padaku..dan aku hanya tergelak..
“aku tak pernah lagi jumpa pompuan cam kau..pakai jubah, tudung labuh tapi pakai beg silang..duduk atas kerusi tak pernah law tak bersila..” sambung sahabatku lagi..sayang betul dia padaku..
“tak taw la weh..aku selesa dengan diri aku..dan aku mengaku aku tak ayu,cun cam korang” Kauthar gelak lagi..aku dengan cara aku..tak kisah apa orang nak kata asalkan aku tidak hipokrit..
Aku tidak kisah ada mulut yang mengata cara aku..
Aku tidak pernah kisah.

Apabila ku pandang mereka yang berpurdah, terasa rendah diri..
Apabila berbicara dengan mereka, sungguh mereka ayu, lembut bicara, manis tutur kata..
Benarlah kata muslimin..wanita solehah itu sebegitu indah dan solehah..
Dan aku malu apabila berdepan dengan mereka yang solehah..


seindah2 perhiasan adalah wanita solehah


“Kauthar, bila kamu nak berpurdah macam Mariah ?” Tanya ustaz mad..ustaz di tahfiz muaz bin jabal..Kauthar  tersenyum..
“tak sampai seru lagi la ustaz..” jawabnya sambil menggaru – garu kepala yang tak gatal di balik tudungnya..
“emmmhh..kalau tunggu sampai seru, tak tahu bila la Kauthar..”
Jawab ustaz sambil membetulkan kopiah putihnya..
“tak layak la ust nak pakai purdah..” jawab Kauthar perlahan sambil menyambung hafalan..

“Kauthar, jom la pakai purdah..” ajak sahabatku Mariah..aku hanya tersenyum membaca mesej itu..
“ tak layak la Yah.. insyaallah, dengan wajah ini ia tak mendatangkan fitnah pada muslimin..dan diri ini tak sesempurna imanmu Mariah..ikhtilatku entah ke mana, auratku juga tidak terjaga sepertimu..tak pelah..saya nak menjadi diri sendiri..sekalipun purdah itu seolah- olah mengajak saya untuk menjaga diri tapi tetap iman saya masih lagi lemah..andai saya pakai purdah tu, saya telah menghina pakaian zaujah Nabi saw.” Mesej sent.. 




Kauthar  mengeluh. Bosan.
Astaghfirullah..mengeluh lagi..
Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza..
Sabar ialah dengan membaiki batiniah membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana ALLAH..
Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada ALLAH kerana tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdirnya.
Teringat mesej yang dihantar oleh kak dija padanya semalam..





Kauthar kembali menatap diari yang diluah didalam laptop Hp miliknya..kemudian di delete.
Jangan biarkan kenangan itu menghapus kebahagiaan yang kau sedang cari sekarang  Kauthar...
Kauthar mencari sesuatu untuk dijadikan kekuatan dalam hidupnya..
Keyboard ditekan dan ditaip kata hatinya..
Agar semua hidupan memandang hidupan lain sebagai hidupan yang sedang mencari jalan pulang..

Jangan kau hina mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu kerana siapa tahu mereka sedang mencari arah mana yang mereka ingin pilih..
Jangan kau memandang sinis pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu ..
Kerana siapa tahu mereka sedang mencari arah menentukan pengakhiran hidup mereka..
Jangan kau memandang serong pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu..
Kerana siapa tahu ilmu mereka lebih tinggi dari kamu..
Jangan kamu memandang penuh prasangka pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu..
Kerana siapa tahu dia lebih dahulu terpilih sebagai calon syurga ALLAH..
Pandanglah mereka sebagai insan yang sedang mencari hidayah ALLAH..
Jangan dilemparkan kata- kata sinis kerana ISLAM itu nasihat..


ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara :
1)   Allah menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan
2)   Keredhaan dalam ketaatan
3)   Walinya di antara sekalian manusia
Maka jangan kau memperkecilkan maksiat walau sekecil apapun sebab siapa tahu padanya terdapat murka ALLAH..janganlah kau meremehkan ketaatan walu sekecil apapun sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH..dan janganlah kau menghina hamba ALLAH walau seorang pun sebab siapa tahu dia wali ALLAH”
                       -kitab al –zuhdi al kabir ,imam baihaqi
                       Tokoh tasawuf mesir zunnun al-misri..

Doakan kauthar menjadi kauthar yang baru…
Laptop ditutup..
Off.


buat mereka yang berpurdah..
tabahlah kalian kerana dunia kini makin memanipulasi mereka yang berpurdah..
makin memburukkan imej solehah yang kalian bawa..
semoga kalian tsabit dengan apa yang kalian matlamatkan..
aminn..
ALLAH BLESS YOU ALL..=)

2 comments:

  1. xpe fa,,akk fhm..sabar ea dik..kuat'n smgt..
    jgn pernah rasa diri kita ni mcmtu..biala org nk kata kita ni mcmnapun, janji kita tau dri kita ni mcmne..da, xmo sdih k..even akk xde dgn kmu lg nnt,,tbahlah. akk sntiase mnta pdaNYA agar lindungi kmu dr pkra yg boleh buat kmu sdih lg..sbb akk syg kmu dik..huhu :'(

    ReplyDelete
  2. kak isyqi: hmm..saya rilex je..mana men nanges2 nie..ngeh3..kak, jangan wat statement dah xde tu..jati je pun,still usim lagi..ngeh3...
    n tq kak 4 all effort dat u've sacrifice 4 me..tea ammor..haha :)

    ReplyDelete