Monday 24 October 2011

KEHIDUPAN 8 : WE DO LOVE YOU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hmm..
entah kenapa hari ini..
hari yang paling banyak buat saya berfikir..
berfikir panjang..
teringat perbualan setiap hari dengan ayah..
ayah saya selalu buat saya berfikir..
setiap kata- kata beliau sentiasa buat saya terdiam..

satu hari semasa sem2

"ayah..penat la blajar..assignment banyak sangat.."
"iye?kakak2 awak x penat ke belajar dulu?" ayah membalas..dan saya terdiam..


esemen berlambak...hohoho..kesiannn


kita selalu merungut dengan kehidupan seharian kita seolah- olah hanya kita yang merasainya..
kita tak pernah sedar dan perhati kehidupan ulama' - ulama' yang memperjuangkan Islam..
hatta imam syafie menuntut ilmu dengan Syeikh beliau hanya dengan menulis menggunakan air liurnya..
kita pula bagaimana?

"dah la pegi kelas jalan kaki..balik pun jalan kaki jugak..kurus kering dowh orang nieh .."
"olosh3..sian ngat anak ayah nie.."
"taw x pe.."
"biasa la tu..dunia orang berjuang kan..berjuang mana kenal susah..." saya terdiam lagi




saya sering merungut penat berjalan kaki, berpeluh- peluh, berlenguh- lenguh sepanjang berada di usim..
tapi saya tak pernah sedar dan perhati kehidupan ayah saya suatu ketika dahulu..
tiap- tiap pagi ayah bangun awal kejut kami tuk ke sekolah..
tiap -tiap pagi ayah tunggu kami bersiap..
tiap- tiap pagi ayah bonceng kami 3 orang dengan moto buruk ayah..
dan setiap kali waktu petang baju ayah lencun dengan peluh
dan..
apabila menyalami tangan kasar ayah..




"ayah..kasarnye tangan ayah.." ujarku suatu ketika dulu..dan ayah tersenyum..dan aku..
aku tidak pernah sedar bahawa tangan kasar itu bekerja keras untuk menyara kehidupan kami sekeluarga..

"ayah awak kerja apa?" tanya cikgu Ramlah..
"umm...ayah saya ..." teragak-agak ku ingin menjawab..
"ayah saya buruh kasar" saya menjawab juga akhirnya.

kita pernah terasa malu dengan pekerjaan ayah kita yang langsung tak berpangkat tinggi..
tapi kita tak pernah sedar dengan pekerjaan yang LOW STANDARD tu lah kita membesar sihat sehingga dapat menginjakkan kaki ke alam universiti sudah..

"ayah..nak duit.."
"ayah..nak beli beg baru.."
"ayah..nak kasut baru.."
"ayah..nak baju baru..buruk doh baju nie.."

aku selalu meminta- minta suatu ketika dulu tanpa aku peduli riak wajah rungsing ayah mendengar permintaanku..

"ayah..ayah man suh orang amek course syariah law.." ku bercerita pada ayah di sebalik corong telefon..
"iya? pastu iffah nak ke?" tanya ayah..
"xtahu la ayah..orang tak tahu nak jadi ape lepas belajar nanti.." jawabku agak bingung untuk memberi jawapan..
"iffah..ayah hantar anak ayah ke U nak suh belajar..tuntut ilmu..ayah tak suruh anak ayah fikir nak jadi apa nanti..soal rezeki tu soal kedua..apa yang penting sekarang ilmu tu..bila mana kita ada ilmu di situlah rezeki kita..kita dapat bergerak kemana saja dengan ilmu yang kita ada..belajar, tuntut imu itu kerana ALLAH bukan kerana pekerjaan. rezeki kita ALLAH yang pegang bukan kita..kamu fikirlah banyak mana sekalipun nak jadi apa nanti tapi kalau kamu tak ada ilmu, tak berusaha, kamu tak akan jadi sape2.." panjang hujah ayah ku membuatkan aku terdiam lama dan menyesal..huhu


graduate..2014..insyaallah..


dan kini bila usia sudah menginjak dewasa..
aku sudah mula ingin membentuk diri berfikir cara ayah berfikir..
aku sudah mula ingin menjadikan diri ini sekuat semangat yang ada pada ayah..
aku sudah mula meniti tangga harapan yang selama ini aku tak ingin nak jejak..








kenapa kita wajib hargai ayah kita..


kerana ayah menyayangi kita dan berusaha mencari rezeki untuk menyara hidup kita sebelum kita lahir lagi..
seorang ayah sudah banyak memerah otak mencari jalan tackle atuk nenek kita sebab nak dapat ibu kita =)..
seorang ayah sudah banyak memerah otak mencari jalan dan kerja untuk menstabilkan ekonomi keluarga..
seorang ayah sudah terlalu banyak bersabar dengan kerenah mertua yang kadang- kadang menyiatkan hati seorang ayah..
seorang ayah sudah terlalu banyak menebalkan muka mendengar celaan orang sekeliling mengenai perangai kita anak- anak..
bilamana kita tak tutup aurat 
"anak sapa la nie.."
bila mana kita menjadi streetboys
"anak sapa la nie..tak de mak bapak ke mereka nie.."


dan kini seorang ayah hanya ingin tersenyum lebar melihat anak- anaknya sudah graduate..
dan kini seorang ayah hanya ingin melihat kita menghargai mereka, mendoakan mereka..
menjadi syafaat di akhirat nanti..
dan kini saya hanya ingin kita sebagai anak memandang dan cuba meletakkan diri kita di tempat ayah  kita
sebelum kita bergelar seorang ibu atau ayah..









When i Were Only 5 Yrs Old, U Said I Love U...

I Asked U: "What Is It?"

When I Were 15 Yrs Old, U Said I Love U....
i Blushed.. i Look Down And Smile..
When I Were 20 Yrs Old, U Said I Love U....
I Put MY Head On YOUR Shoulder And Hold  YOUR Hand.. Afraid That YOU Might Dissapear..
When I Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When i Were 30 Yrs Old, i Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, GET MARRIED..=)

When I Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "It's  ok Dear, It’s Time For U To rest and LOVE YOUR CHILD.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m staring our happy family picture  50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, i Said i Love U!

U Didn’t Say Anything But Cried.




WE DO LOVED YOU MOM & DAD...(T_T)



semoga kita tetap bersama di syurga kelak..ameeenn




semoga kami anak- anakmu ini mampu menjadi syafaat di akhirat kelak..







Sunday 16 October 2011

KEHIDUPAN 7 : POSITIF

 ASSALAMUALAIKUM...


hmm...today i've wrote a story...
after dipaksa oleh my lovely fren..haha..
ku pasrah..ngeh3..


pasrah btol nie..

“aku tak nak menangis dah!” tekad Kauthar kuat.. tapi air mata jernih itu tetap setia mengalir di tubir mata bulatnya..dadanya terasa sebu..
“dah la tu..jangan menangis lagi..” hati kecilnya bermonolog lagi..
Sejadah dihadapannya di pandang lama..fikirannya melayang..satu persatu ujian yang mengunjungi hidupnya menjengah otaknya..
Mindanya mentafsir ke mana arah tuju hidupnya..
Apakah matlamat hidup yang sedang didiami sekarang?

“ya allah..andainya ujian ini mendekatkan hamba padaMU, kuatkan hamba untuk tetap berdiri di jalanMU..ya. hamba mengaku ya tuhan, aku hamba yang sangat hina dan lemah..aku berkata aku ingin menyintaiMU tetapi amalku tidak menghampirkan hamba padaMU..
Ampunkan hamba ya tuhan..hamba berdosa dan hina..
Hamba merasa jijik dengan diri hamba sendiri..dan hamba tak layak untuk menghuni syurgaMU lantaran amalku tidak mengecapi darjat penghuni syurgaMU..”
Air mata menitis lagi..jangan sedih..allah ada..DIA sedang melihat..DIA tahu kau sedih..oleh itu, DIA sudah dari awal- awal lagi mengutus surat cinta untuk mu..
DIA sudah lama berpesan pada mu
“ la takhaf wala tahzan..innallaha ma’ana”

Kauthar sujud mengakhiri doanya..
Sujud syukur di atas nikmat iman yang diberi allah padanya..
jangan berkira untuk sujud pada Allah walau dimana jejak kita



“wanita solehah itu..
Lembut wajahnya dan kata- katanya,
Manis bicaranya
Menyentuh jiwa..”




Kauthar  mengeluh..membuang pandangan pada sang langit yang setia bersama sang bulan..dadanya terasa sesak dan sebu..lagi sekali.
Wajahnya diraup perlahan sambil bibirnya melafaz istighfar panjang..cukuplah untuk merasa hamba ini berdosa sepanjang masa..
Mindanya bermonolog lagi..
wanita solehah itu sering dilabel lembut bicaranya, manis pertuturannya menambah kecantikan yang ada..
label dan branding itu membuatkan diri terasa seolah- olah tidak ada ruang untuk bergelar solehah..

“kak rahmah, opah..suria,ibu..sufi,mak.. dan kau kauthar, mama rock” mata Kauthar membulat mendengar trademark yang dicipta khas oleh maimunah dan kemudian gelak besar bergema..

“kak..adik akak ada jubah hitam tak? Nak pinjam tuk majlis lusa nanti la” mesej sent kepada kak dija..
“hahaha..xde la dik..adik akak lagi brutal dari kamu..” mesej dari kak dija Kauthar baca sambil tergelak kecil..

“bila ko nak jadi wanita ayu melayu terakhir nie Kauthar?” Tanya sahabatku concern padaku..dan aku hanya tergelak..
“aku tak pernah lagi jumpa pompuan cam kau..pakai jubah, tudung labuh tapi pakai beg silang..duduk atas kerusi tak pernah law tak bersila..” sambung sahabatku lagi..sayang betul dia padaku..
“tak taw la weh..aku selesa dengan diri aku..dan aku mengaku aku tak ayu,cun cam korang” Kauthar gelak lagi..aku dengan cara aku..tak kisah apa orang nak kata asalkan aku tidak hipokrit..
Aku tidak kisah ada mulut yang mengata cara aku..
Aku tidak pernah kisah.

Apabila ku pandang mereka yang berpurdah, terasa rendah diri..
Apabila berbicara dengan mereka, sungguh mereka ayu, lembut bicara, manis tutur kata..
Benarlah kata muslimin..wanita solehah itu sebegitu indah dan solehah..
Dan aku malu apabila berdepan dengan mereka yang solehah..


seindah2 perhiasan adalah wanita solehah


“Kauthar, bila kamu nak berpurdah macam Mariah ?” Tanya ustaz mad..ustaz di tahfiz muaz bin jabal..Kauthar  tersenyum..
“tak sampai seru lagi la ustaz..” jawabnya sambil menggaru – garu kepala yang tak gatal di balik tudungnya..
“emmmhh..kalau tunggu sampai seru, tak tahu bila la Kauthar..”
Jawab ustaz sambil membetulkan kopiah putihnya..
“tak layak la ust nak pakai purdah..” jawab Kauthar perlahan sambil menyambung hafalan..

“Kauthar, jom la pakai purdah..” ajak sahabatku Mariah..aku hanya tersenyum membaca mesej itu..
“ tak layak la Yah.. insyaallah, dengan wajah ini ia tak mendatangkan fitnah pada muslimin..dan diri ini tak sesempurna imanmu Mariah..ikhtilatku entah ke mana, auratku juga tidak terjaga sepertimu..tak pelah..saya nak menjadi diri sendiri..sekalipun purdah itu seolah- olah mengajak saya untuk menjaga diri tapi tetap iman saya masih lagi lemah..andai saya pakai purdah tu, saya telah menghina pakaian zaujah Nabi saw.” Mesej sent.. 




Kauthar  mengeluh. Bosan.
Astaghfirullah..mengeluh lagi..
Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza..
Sabar ialah dengan membaiki batiniah membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana ALLAH..
Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada ALLAH kerana tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdirnya.
Teringat mesej yang dihantar oleh kak dija padanya semalam..





Kauthar kembali menatap diari yang diluah didalam laptop Hp miliknya..kemudian di delete.
Jangan biarkan kenangan itu menghapus kebahagiaan yang kau sedang cari sekarang  Kauthar...
Kauthar mencari sesuatu untuk dijadikan kekuatan dalam hidupnya..
Keyboard ditekan dan ditaip kata hatinya..
Agar semua hidupan memandang hidupan lain sebagai hidupan yang sedang mencari jalan pulang..

Jangan kau hina mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu kerana siapa tahu mereka sedang mencari arah mana yang mereka ingin pilih..
Jangan kau memandang sinis pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu ..
Kerana siapa tahu mereka sedang mencari arah menentukan pengakhiran hidup mereka..
Jangan kau memandang serong pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu..
Kerana siapa tahu ilmu mereka lebih tinggi dari kamu..
Jangan kamu memandang penuh prasangka pada mereka yang tidak berpakaian sesempurnamu..
Kerana siapa tahu dia lebih dahulu terpilih sebagai calon syurga ALLAH..
Pandanglah mereka sebagai insan yang sedang mencari hidayah ALLAH..
Jangan dilemparkan kata- kata sinis kerana ISLAM itu nasihat..


ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara :
1)   Allah menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan
2)   Keredhaan dalam ketaatan
3)   Walinya di antara sekalian manusia
Maka jangan kau memperkecilkan maksiat walau sekecil apapun sebab siapa tahu padanya terdapat murka ALLAH..janganlah kau meremehkan ketaatan walu sekecil apapun sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH..dan janganlah kau menghina hamba ALLAH walau seorang pun sebab siapa tahu dia wali ALLAH”
                       -kitab al –zuhdi al kabir ,imam baihaqi
                       Tokoh tasawuf mesir zunnun al-misri..

Doakan kauthar menjadi kauthar yang baru…
Laptop ditutup..
Off.


buat mereka yang berpurdah..
tabahlah kalian kerana dunia kini makin memanipulasi mereka yang berpurdah..
makin memburukkan imej solehah yang kalian bawa..
semoga kalian tsabit dengan apa yang kalian matlamatkan..
aminn..
ALLAH BLESS YOU ALL..=)

Tuesday 11 October 2011

KEHIDUPAN 6 : TERASING


salamun lakum ya ahlu jannah...(*_*)

entah kenapa..saya selalu ingin bercerita tentang sahabat, teman dan kawan..
saya juga tidak tahu mengapa saya menjadikan hidup ni seolah2 berteman itu merupakan kewajipan dalam hidup..
entah kenapa seorang teman itu cukup memberi saya satu impak yang besar dalam hidup saya..
dan entah kenapa saya sebak mentadabbur dunia berteman ini yang menyesakkan kehidupan sahabat- sahabat saya..


Sungguh kaki ini makin lemah untuk melangkah..
Tapi tetap juga aku gagahkan kaki ini untuk mengharung ujian itu..
Sungguh aku terasa teramat jauh dan terasing dengan dunia ini..
Ke mana kaki ini ingin melangkah terasa ingin ku hentikan detik detik masa
Agar aku bisa untuk menjadikan diri ini perhatian
Perhatian agar kehadiranku disedari oleh penduduk dunia..
Agar kehadiranku disedari..
Aku bukan boneka yang membisu menurut setiap arahanmu..
Aku bukan bonekamu yang memekakkan telinga menahan setiap ammarahmu..
Dan aku juga bukan bonekamu yang membutakan mata..
Membutakan hati membenarkan kesalahanmu..
Aku juga punya hati dan perasaan yang kau tidak menyedarinya..
Aku juga hati dan perasaan yang aku sendiri tidak pernah mempedulikannya..
Dan kini hati dan perasaan yang terbuku telah menjadi helaian..
Sungguh diri ini tidak mampu untuk bertahan seorang diri..
Diri ini memerlukan teman disisi..
Cukuplah teman yang menghargai diri ini..
Cukuplah teman yang sudi mendengar…
Cukuplah teman yang sudi memahami diri ini..
Kenapa aku terus terusan meratapi nasib diri ?
Sedang rahmat TUhan melebar..



perjalanan mencari TUHAN

HIDUP BERTEMAN

“beb..ape ke hal?sorang je hari nie?” jeritku dari atas pada dia yang dibawah..sungguh lack of manner aku nieh..huhu..
“mana ada..ko tak nampak ke malaikat kiri kanan aku nie?” jawabnya sedikit menjerit macam aku tadi..hee..
Dan jawapan yang dilontarkan olehnya membuatkan aku terpana sebentar..
Astaghfirullah..kenapa derhaka sangat aku pada ALLAH..hidup tanpa terasa bahawa aku sebenarnya bertemankan penjagaNYA..hidup bertemankan ALLAH...
Sementara tengah loading susun ayat, aku membalas..
“sebab aku tak nampak la aku tanya ..” aku gelak..tapi lam otak, aku sedang mentafsir relevankah jawapanku itu? Dan apa yang kau fikir sebenarnya..

fikir dan zikir


Terkadang dan bukan terkadang dan selalunya saya alpa sebenarnya..
saya jarang meletakkan ALLAH dan malaikat penjaga saya itu dalam kehidupan seharian saya..
anda pula bagaimana?
insyaallah..
saya yakin ada tidak seperti saya..

"kak! kenapa dia nie ada jugak?!!" bentak Ogy pada kak nisa. Jarinya dituding pada nurul..tersentak nurul melihatkan Ogy yang tiba -tiba membentak marah.
nurul kaget.ape ke hal minah nie..suka ati kaki aku la nak keluar dengan sape..
"lorh..kenapanya..nurul pun nak outing jugak " jawab kak nisa..
" Ogy x nak pergilah.menyemak  je ada minah nie" nurul dan k.nisa terpana..dan terpaksa memujuk manusia bernama Ogy yang sudah lama berdendam dengan Nurul..

kenapa ya ?
manusia sering merasakan dia memiliki segala- galanya?
sedangkan kita own nothing.
"woi..dia tu hak aku..jangan kau berani dekat dengan dia!"

kenapa ya ?
manusia hasad dengki?
"aku benci betina ni! kalau bukan sebab dia, hari nie aku dah dapat keluar dengan kak nisa..menyemak je!"

kenapa ya?
manusia xpernah nak fikir perasaan insan yang dia cemuh?
"bullshit! ko mintak maaf dengan awek aku sekarang!"

kerana manusia terasa segala- galanya manusia yang punya..
sedangkan ALLAH, TUHAN YANG MAHA MEMBERI,
TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA-GALANYA..

la takhaf wala tahzan..innallaha ma'ana


“Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya”, kata ayah seorang pesakit kepada saya.
Saya mengangguk.
“Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…”, sambungnya lagi.
“Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)”, saya menambah.
“Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?”, sambung beliau.
Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.
“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskinikan ayatnya.
“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi. Fa bi ayyi aalaa’i rabbikuma tukadhdhibaan?“, katanya.
Air mata susah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuan, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air di mata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus terus kuat untuk bertahan dan kami di sekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.
“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah.
Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini.Mengangguk lemah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
(T_*)

الحمد لله على كل حال واستغفر على كل ذنب

duhai teman duhai insan..
daku pernah terasa terasing..
daku juga pernah terasa diperguna..
daku juga pernah terasa ditohmah dan dicerca..
daku juga pernah dipandang sinis dan diperkata..
tapi daku juga pernah berkata 
daku hidup kerana daku punya matlamat..
daku ingin menjadi manusia yang bermanfaat kepadA KALIAN semua..
kalau dahulu daku pernah meratap,berdendam denganmu..
tapi sekarang daku sedar..
andai KALIAN tidak melakukan yang sedemikian kepada daku..
masakan ku mampu untuk mengambil masa berfikir mencari sebab dan musabbab dan natijah kehidupan ku..
kerana KALIAN lah daku belajar
kerana KALIAN lah daku sedar daku tidak berseorangan..
daku ada ALLAH..
daku ada sahabat..
dan daku ada KALIAN..
kerana allah tidak akan membebankan saya dengan apa yang tak  mampu saya pikul..
dan saya tahu ada hikmah di atas apa yang berlaku dalam hidup..


thanx sahabat2

Monday 10 October 2011

KEHIDUPAN 5 : SIAPA KITA?

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum wbt..



hari nie hari jumaat..
7/10/2011..

penghulu segala hari..

terasa ingin kongsikan sesuatu kerana ..
saya tidak ingin hari saya tidak terisi dengan sesuatu yang dapat mempositifkan hidup saya tentang kehidupan..




hari ini, usim ada buat bicara siswa..


kak catriona ross sebagai jemputan terhormat kami..hohoho..


sungguh..


rasa respek ada terbit lam hati..


melihat satu penghijrahan yang bukan senang nak dapat..
hidayah dari allah..









lesson yang saya dapat kat bicara siswa ni..
jangan kita persoalkan takdir allah yang dah ditetapkan pada kita
bahkan fikirlah kenapa kita diuji..



A   : somebody help me please!!

B   : what should i do dear?


A   : just kill me..

B   : huh? i can’t!

A   : why? You are such a coward person! Just kill me and the problem will solve.
        i’m tired with this life..

B   : you can’t said like that..it is life..life is about a strength to faced everything come over us..calm down dear..ask for allah help..He will help you..He always there but we didn't           recognise him and always forget Him..keep praying to Him....

A   : i know this life is precious but i can’t accept my life..

B   : i know you can live better..and allah, He’s the one who knew the hikmah behind everything that happened to you..Allah and i knew that you are strong enough to accept this test.. i know you are tired but i hope that you will always stand up and dont give up.. if you unsatisfied with this life ,ask allah, tell Him what you feel,what you want ,express everything and allah ‘ll answer and solve your problem insyaallah..

A : solve my problem? How can it be? Are you making a joke?

B :don’t you trust HIM?

A : i do trust HIM..

B : do you believe that He’ll help you?

A : i’m not sure about that..

B : see...u didn’t believe Him enough ..how can He’ll help you..? you did’nt husnuzon with 
Him, how can you believe Him?it is same goes to if you didn’t believe your friend , how could you help them? Allah love is never end and eventhough you didn’t believe Him enough ,still He gave you a chance to live..a chance for you to find what this world refer to, who loved you ,who you loved,what you should do to live better ..it is life..if you didn’t alive, can you know who am i? How meaningful you to  your parents and friends..how strong you are..?

A : allah is the one you should refer to..He know best to you..be tough dear..i’ll always beside you as ALLAH never leave you..=)




conversation yang mempositifkan pemikiran aku tentang kehidupan dan kepercayaan kita pada TUHAN.










pandanglah KAMI YA ALLAH




dan balik saja dari kampus, terus bukak fb..hohoho..

jumpa satu pesanan yang bagi sangat berguna pada kita..
untuk menentukan siapa sebenarnya kita..
adakah kita ni muslim sahaja atau mungkinkah kita ini mukmin?
atau  MUNAFIK?!







Oleh itu, jom baca...


jom muhasabah..


jom tarbiah diri..






Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~
By: Nur Mujahidah






wahai diri..
siapa sebenarnya aku..?
tepuk dada tanya iman..


siapa aku?