Tuesday 4 October 2011

KEHIDUPAN 4 :JANGAN HINA DIA!

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum ..

homesick!
kenapa saya mesti homesick?huhu..
relevankah soalan itu?
relevan pe..
ingat students yang duk oversea je boleh homesick?saya pun nak homesick jugak..
x salah pun law kita nak berhomesick kan??..
xberdosa pun..
jom berhomesick bersama saya..
toinggg,,,,hee..ehem.

saya tak percaya anda tak homesick! ahaks..

kenapa saya homesick?

sebab saya teringat kat ma n ayah..huhu..
even kol tiap- tiap hari dan bercerita every story that i've went through..
tapi tetap tak puas hati jugak..
nak jugak jumpa ma ayah..
hoho..anakmu kerinduan..ngeh3..

kenapa saya terus homesick?

sebab ma dan ayah selalu sakit..
sebab saya tahu ma ayah takkan pernah sunyi dari diuji dek manusia sekeliling..
sebab saya tahu i can't stand watching n hearing people talk about them..
pn.mariam isa & en.mohd nasir dollah


"puan, ada tak nama khadijah kat kampung ni? tanya pegawai yang entah dari ceruk bumi manakah datangnya dia pun tak tahu..
"khadijah mana ye nak? soalan dilontar dibalas dengan soalan..
"kami nie dari pihak kebajkan orang kurang upaya..dan kami sedang mencari Pn.khadijah binti zamani.." terang pak cik pusat kebajikan lalala tu kepada mak cik separuh umur, mak mah..
" eh xsilap mak cik, orang yang bisu dan pekak sini Mariam sorang je..tak de dah orang lain..dengan penuh semangat Mak Mah memberi maklumat..amboi..mak cik..tak sayang mulut nampakk...
"Mak cik! mak saya bukan Khadijah binti Zamani dan mak saya tak bisu dan tak pekak macam yang mak cik cakap!" tiba- tiba datang anak muda mencelah marah..

ya. mak saya bisu, pekak, tapi bibir tua yang bisu itu lah yang mendoakan saya sehingga saya menjadi manusia berguna.


ya.! mak saya pekak, tapi dengan telinga itulah mak saya mendengar saya bercerita sekalipun dia hanya memandang tangan kami yang mengawang- ngawang bercerita.



siapa ma,ibu,umi,habibati saya?

dialah ma..
mak saya  yang mengelap luka -luka saya..
mak saya  yang jaga dan stay di sisi saya ketika saya diserang asma teruk..
mak saya  yang berlari keluar dari bilik ICU apabila adik saya disahkan paru- paru berair..
mak saya  yang menangis pilu melihat kakak ke2 saya yang menghidap penyakit jantung berlubang..
mak saya  yang menangis melihat abang saya patah ibu jari kaki..
mak saya yang menangis kesyukuran dan tersenyum bahagia menerima cucu pertama nya..
mak saya yang tergelak dan menangis serentak apabila anak- anaknya pulang kerumah tanpa memberitahunya..konon nak buat suspen..huuuhuuu
itu mak saya yang mereka pernah hina..


macam saya kan?ya..hehe.


perlukah kita terasa malu dengan mak kita sedangkan dia lah yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita?



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14) |


"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak dari kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu menyayangi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir"
— 
Hasrizal Abdul Jamil


"achik..ce urut ma tu jap..tak kesian kat ma ke?" cuit ayah pada bahu achik..
"alaa ayah..selalu orang yang kena urut ma..suruh la kak ngah, adik plak..asyik-asyik orang je yang kena buat.." rungut achik sambil memuncung bibir..kak ngah dan adik sengih gumbira.
"chik..ma pernah merungut ke jaga achik masa achik demam?ada ma biarkan je achik macam achik biarkan ma macam nie..ma, masa achik lahir, ma tak bagi even seekor nyamuk pun dekat taw tak? nie ayah suruh achik urut ma pun dah merungut..anak ayah ke macam nie? " tegur ayah sambil menarik telinga achik.sedikit tersentuh hatinya melihat isterinya yang tertidur kepenatan.. 


kita selalu merungut, kan anak- anak sekalian?

hmm..kita selalu kata parents kita tak pernah paham kita..
hmm..kita selalu kata parents kita kuno..mana paham kehendak kita skrg..
"ayah tak paham..zaman dulu logik la kalau tak kaple,tapi sekarang dunia da moden la ayah.."

hmm..kita selalu bimbang..
" nanti kerja t,dapat duit gaji,kena bagi kat mak ayah..adoi..bankrup la aku macam nie..makin tua makin mengada orang tua nie"

kenapa kita begini ye?

ibu kita jenuh berfikir apakah resepi untuk dihidangkan untuk anak- anaknya..
"allah..aku nak masak apa .nie..anak aku nak balik dari U hari ini.." 

ayah kita jenuh fikir macam mana nak cari duit..
"ayah..cikgu mintak duit..cikgu suh bayar yuran secepat mungkin.." kita desak ayah sebab kita rasa malu kita orang paling lambat bayar yuran..
"insyaallah..esok ayah bagi.." ujar ayah menyenangkan hati si anak dan ayah pergi menebalkan muka meminjam duit dengan atuk dan nenek..

tapi kenapa kita begini didepan mak ayah?


agak2 apa perasaan kita bila melihat orang bertekak camnie depan mata?

ayuh kita menjadi anak yang soleh dan solehah..

ya tuhan rabbul izzati..
sebagaimana kau telah menciptakan kami dan melindungi jasad kami selama 9bulan didalam rahim ibunda kami..
sebagaimana kau telah memberikan rahmat dan ganjaran yang besar kepada ibunda kami mengusung berat jasad kami..
sebagaimana kau telah mengangkat darjat as-syahidah bagi ibunda kami yang pergi setelah melahirkan kami..
sebagaimana kau menjadikan ibunda kami sebagai tempat kami berteduh dan mengambil cebisan dari kasihMU..
sebagaimana kau menunjukkan kepada kami keajaiban ciptaanMU yang ada pada ibunda kami..
sebagaimana kau menciptakan 9 emosi dan 1 akal kepada ibunda kami..
sebagaimana itulah kami memohon kepadaMU yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..
sayangilah ayahnanda dan bonda kami sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kecil..
lindungilah mereka dari bala dunia dan azab akhirat sebagaimana mereka melindungi kami sedaya upaya mereka..
jauhkanlah dan jangan kau hampirkan mereka dengan api nerakaMU walau bahangnya sekalipun..
dan binakanlah untuk mereka YA TUHAN YANG MAHA KUASA..
binakanlah mereka istana di syurga kelak..
kerana mereka mengajar kami mengenaliMU..
kerana mereka mengajar kami mendekatiMU..
kerana merekalah kami lahir dan mengenali makrifatMU..
aminnn...



salam sayang salam rindu buat ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
salam rahmat dari ALLAH RABBUL IZZATI..
kepada ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
samada yang masih terus bernafas didunia ini..
yang masih bertahan dan terus bertahan dengan kerenah- kerenah kami anak- anak..
dan juga yang telah kembali ke rahmatullah..
ketahuilah kami pernah mencintaimu dan akan terus menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi dan bersabar dengan kami..

4 comments:

  1. sungguh, Allah memberi kita ma & ayah yg paaaling hebat..
    kerana hanyalah mereka ma & ayah kita..

    *moga Allah redha*

    ReplyDelete
  2. true..
    malam nie ana dengar cte ttg uwais al-qarni..ttg kesanggupan dia mjaga ibunya..beliau beli sekor lembu yg kecik dan didukungnya naik turun bukit ia until dat cow getting bigger..
    pastu 1 day,beliau balik n said 2 her mom..
    "mak ,jom pergi mekah.."
    "mak sakit..cne nk pergi"
    "uwais dah bersedia nk kendong emak sepanjang berada di mekah.."

    huks..xmampu nk buat mcm nie..

    ReplyDelete
  3. subahanallah..
    tyme kita sush mak ayh lah insn yg pling hmpir..
    saat air mata mglir d'pipi,mak ayh lah yg m'yapunya..
    ya Allah,berilah ksejahteraan hidup d'dunia n akhirt buat mak n ayh ak serta semua ibu bapa..

    (ak ni pn jnis homesick juga..~)

    ReplyDelete
  4. k.mihah : true...
    hee.. ore tahu u msti homesick jgak..haha..
    blik la..ganu ng kelate dkt je pom

    ReplyDelete