Friday 30 December 2011

KEHIDUPAN 12: apa khabar jodohku?


assalamualaikum..

sudah lama saya xmenjengah masuk lam blog nie..
otak terasa tepu..stuck..
n aci x kalau sy post sal jodoh?
hehehe..gedik..
enjoy la ea sahabat2..^_______^

rindu????




Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


ajarlah anakmu mengenal hina pada TUHAN YANG MAHA AGUNG

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…





Sumber asal : Muslimah Sholehah
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/#ixzz1i1bP4Jst







p/s : sekadar perkongsian..ngeh3..moga terhibur..jangan disalah sangka ye...haks

Saturday 26 November 2011

ayah??





ya rabb..


ayah sesak nafas


ayah jatuh tak sedar diri


ayah sedar


ayah mengucap


ayah sebut nama ALLAH banyak kali


ayah tak nak pergi hospital


ayah tunggu k.na 


ayah, k.lah bawak g hospital


ayah masuk wad Icu


ayah kena tahan wad


ayah..


HEART ATTACK!






kami termangu


kami terkedu


kami hilang arah


kami hilang akal


kami takut


kami sasau


kami panik


KAMI TAK NAK AYAH TINGGALKAN KAMI!!


YA TUHAN RABBUL IZZATI..
PANJANGKAN UMUR AYAHKU DALAM KEBAIKAN..
SEJUKKAN HATINYA DENGAN EMBUN RAHMATMU..
AMPUNKAN DOSA KAMI DAN REDHAILAH... 
AGAR KAMI DAPAT DISATUKAN DI SYURGAMU KELAK
AMINNNN....



Monday 14 November 2011

KEHIDUPAN 10 : KoS aGaMA?


assalamualaikum..

KIsah yang saya baca dari facebook.. n..


[JOM BACA..]

Adelah sebuah cerita.

Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.

A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engine dan C-kos sains kemanusiaan.






Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..

A : Jom bace doa dlu.

B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
c: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.





Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.
Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..

A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pilak?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^
Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pe la.. biar la aku yang bace, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...

DI HARI LAINNYA...*****

A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pe, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe
Jawab si A: Erm..boleh aku cakap sikit? (sambil snyum^_^).

Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.

Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Btol tak?

Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?

(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cume aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.

Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mane-mane kos pun yang kite ambil, kesungguhan kite terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH.

Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kite buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kite.

Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kite sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmuny. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkene)

mati itu pasti..sempat bertaubat itu adakah masih pasti?
B menitiskan airmata. C pula tunduk malu.. 
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...

B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)
~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^

* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah.. 




ada lagi satu kisah


Terkedu dengan kenyataan Bro Shah Kirit :

"Jangan cakap KITA, tetapi cakaplah SAYA yang akan berdakwah. Walaupun kita bukan Pengajian Islam, itu bukan masalah kerana saya yakin yang datang pada malam ini bukan saje dari Pengajian Islam.

"Sebab kalau kita cakap KITA, saya yakin dia akan lebih mengharapkan orang lain yang akan berdakwah, dah ada yang akan berdakwah, sebab tu kena cakap SAYA yang akan berdakwah"



bro shah kirit..(berkot hitam)

sumber cerita : mohd amiruddin