Wednesday 28 September 2011

KEHIDUPAN 1

بسم الله الرحمن الرحيم

 Sabda Rasulullah s.w.t:
Ertinya: "Setiap perkara yang tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan terputus rahmat dan barkah bagi perbuatan tersebut."


 jom mulakan langkah kita dengan bismillah..=)

Krekkk..pintu rumah A4-7 dibuka. Hmmm..satu keluhan panjang saya lepaskan. Penat sebab baru balik dari kelas yang agak mengecewakan. 
Lecturer tak masuk dan tersangat penat dengan housemate yang tak menitik beratkan soal kebersihan rumah. Allah. 
Kala itu terasa ingin keluar balik. Kaki kaku untuk melangkah. Kasut- kasut  bertaburan tidak berkemas memantutkan pergerakan saya. Kaki melangkah menuju ke bilik. Lemasnya terasa dan bertambah rimas apabila memandang sink yang penuh dengan pinggan mangkuk, jag, rice cooker yang tak berbasuh. Bila diperhatikan, dah dua hari jag air itu tak berbasuh..allah..boleh hidup lagi diorang dengan suasana rumah yang seakan akan kapal pecah.Perlahan- perlahan lengan baju disinsing. Aku dah jadi orang gaji yang tak bergaji.

“ eh.. buat apa tu?” tegur atiqah seraya merapati saya. Mungkin bunyi bising yang saya lakukan ketika mengikis kerak nasi menarik perhatiannya. Tak ada berus besi, guna sudu jelah.

“hmm..basuh pinggan nie sikit. Kalau tak basuh, tunggu seminggu lagi mahunya berkulat lah sink nie.” Luahku perlahan dalam nada sangat kecewa. Ya. Sangat kecewa.

“ biarkan jelah. Biar diorang basuh sendirilah.” Tingkah atiqah tidak senang melihat saya yang sedang berusaha mengikis kerak nasi. Sudah direndam dengan air panas tapi degil jugak kerak ni nak terlekat kat periuk..heee..

“xpe..” saya balas ringkas. Dan atiqah berlalu masuk ke bilik.

nasib baik tak kotor cam nie..mang  naya.huhu


Dan saya terus melakukan kerja sebagai orang gaji sementara mengharap kemarahan dan bara dalam hati sejuk. terasa seolah-olah dah tak boleh mengikhlaskan hati dah bila terpaksa berdepan dengan benda sama...
Kala inilah saya teringat catatan pengalaman hidup ust hasrizal abd jamil di jepun rasanya. Isteri kepada temannya,Laura yang dahulunya ke gereja dan kini telah beralih kepada masjid pernah berkata “nampaknya islam dengan muslim itu kena laura belajar secara berasingan.”

Tergamam saya sebentar. Sememangnya islam dengan mukmin sangat jauh bezanya. Seseorang muslim itu belum tentu sudah menjadi mukmin dengan hanya mengucap syahadah. Islam dan kebersihan itu tidak dapat lari dari cabang syariat. Muslim yang tidak mementingkan kebersihan bukanlah mukmin yang sebenar.

إن الله جميل ويحب الجمال"
Allah itu cantik dan sesungguhnya DIA mencintai kecantikan. 

Bahkan kebersihan itu separuh dari iman. Kalau kecantikan luaran kita, wajah kita di touch up penuh teliti, dikenakan krim pelembap, tak cukup dengan itu, gincu pemerah bibir, blusher, eye shadow, dan lain- lain lagi yang saya sudah tak tahu apa bendanya lagi sangatlah kita titik beratkan ,kenapa isu kebersihan rumah kita, kita tidak cakna?

Allahuakbar!saya sudah kehilangan kata kata. kisah ini sudah sering menyapa skrin handphone sahabat- sahabat saya..dan kini ingin saya kongsikan  bersama kalian semua agar kita lebih cakna dengan kebersihan..
tak rugi kita mengamalkan hidup bersih kan?..

dan ibrah yang saya dapat dari kisah yang tertera dalam hidup saya :

usahlah kita merungut dengan mehnah dunia..
sebab ujian nie yang mengajar kita cara untuk bernafas dalam hidup nie..

seandainya anda dan saya tidak di uji, bagaimana saya dan anda akan belajar bagaimana untuk cakna akan kebersihan?

bagaimana untuk saya terus melatih hati ini untuk sentiasa ikhlas??

sudah2 laa..
yang lepas itu biarkan ia berlalu..
tapi jangan biarkan yang lepas itu berlalu begitu saja..
biarlah ada ibrah yang dapat kita kutip walau tak banyak..=)

sekalipun manusia tidak nampak apa yang kita lakukan dan korbankan, kita masih ada ALLAH yang memberi dan menghargai kita kerana ALLAH itu MAHA MELIHAT lagi MAHA LUAS PENGETAHUANNYA...

semoga hari ini menjanjikan seribu keikhlasan dan membuang seribu ammarah..


jom ikhlas selalu

No comments:

Post a Comment