Monday 3 March 2014

ANDAI DIA SEPERTI KAMU



Derita
Derita yang dia rasai tiada siapa yang merasai. Siapa sangka ujian baginya tidak pernah berhenti. Dialah yang paling kecil dalam keluarga kami. Walaupun anak kedua dari kami 7 beradik. Ya. Dia tidak belajar sampai university. Hanya sampai setakat STPM.  Dan kini dia hanya tinggal di rumah bersama parents kami dan nenek.
Suatu ketika dulu, dia pernah ke kota London selama 6 bulan. Ku kira langkahnya ke sana untuk menemani cucu-cucu guruku, teacher kamariah. Tapi sangkaanku meleset. Dia dilayan seperti orang gaji. Aku menyesal. Istikharahku tidak membantuku. Istikharahku menyusahkan dia. Dia kakakku yang paling kecil. Dia kakakku yang paling tabah. Dia bertahan menerima setiap ujian dari tuhan. Keseorangan. 6 bulan. Bukan tempoh yang singkat. Dia sering menghubungi kami di tanah air. Tapi gurau sendanya sering kali kami tersalah anggap dia bahagia tetapi dia tidak bahagia.
Ku tahu allah penemannya ketika itu, tetapi ku tidak tahu mengapa ujian baginya  tidak pernah berhenti. Ya. Aku yakin dengan janji allah bahawa setiap ujian itu menandakan cinta allah terjamin untuknya. Tetapi untuk seorang seperti kakakku yang imannya tidak seperti kamu, adakah kamu fikir dia mampu untuk bersangka baik dengan tuhan? Adakah dia berfikir seperti kamu yang merasakan ujian itu satu nikmat?
Tidak!


Malam itu..
Dia mengadu kepadaku. Tidak pernah sekelumit ikhlas lahir dari hatinya. Tapi ku kira ikhlas dalam keterpaksaan. Hatinya mungkin lemah kerana hanya dia yang merasa.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Tanggungjawab menjaga nenekku, segalanya diserahkan padanya. aku memandang setiap tingkah lakunya. Ya. Ikhlas dalam keterpaksaan. Setiap jam 6 pagi, dia membangunkan nenekku yang tidak mampu untuk bangun. Berjalan. Bertutur. Bergerak. Semua sudah gagal. Tubuh kecil dia mengangkat nenekku duduk di atas wheelchair ke bilik air. Mandikan. Pakaikan pampers. Pakaikan baju. Semuanya tubuh kecilnya yang lakukan. Aku menitis air mata. Tubuh kecil itu tidak pernah berhenti mengambil senafas rehat.

Di mana simpati mu?
Aku hairan. Dimana tanggungjawab kamu sebagai seorang anak pada ibunya? Tanggungjawabnya diberikan kepada kami cucunya. Pak longku, indah khabar dari rupa. Kamu pernah berkata
“ pak long sayang nak tinggal majlis ilmu di nilai itu, sebab tu pak long tak pegi mana2”
Ayat itu sangat menyakitkan hati aku.  Hati kecil kakakku juga.
Bagaimana akal yang hebat itu mampu berkata sedemikian? Daku akhirnya membuat konklusiku sendiri sehingga ayatku mengundang ammarah anak perempuannya. Dan aku kira bukan hanya dia yang terasa tetapi sepupuku yang lain.
“ tiket syurga itu tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan pada ibu bapa..
Tidak cukup dengan menggajikan orang gaji ..
Tetapi khidmat.”
Aku kira ayat ini mampu menjentik hati mereka. Namun, sangkaanku meleset.
Mereka terlalu hebat dan mulia berbanding kami orang kampong.

Andai dia seperti kamu
Laluilah takdir dengan ikhlas, kitalah yang menjadikan kehendak kita selari dengan kehendak Allah. Enjoy dis moment sebagai hiburan daripada Allah.
Aku tersentuh.
Kata-kata ini belum tentu mampu menyentuh hati kecil itu.
Dia tidak sehebat kamu

2 comments:

  1. Hati berTuhan hadirnya dgn tarbiyah.
    Adakalanya dilihat baik & tenang, adakalanya tidak.

    itulah wasilah.

    Jalan tuju Allah kadang membuat kita bingung.

    Allah sedang terus membicarakan kekuasaanNya.
    menjadi hak Dia utk mengetuk hati hambaNya dgn caraNya.

    Doa.

    الله خير الناصرين
    Moga Allah kurniai kita semua syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
    pasti Rasulullah menginginkan kita seluruh umat menjadi seperti baginda.
    hati, roh dan jasadnya kenal Khaliq.

    mekasih ats perkongsian. dear...
    barakallahu fikum. luv u fillah!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..hebat si tubuh kecil itu..saat semua mengasingkan diri dari sang tua itu tapi dia tegar memimpin tangan sang tua itu dalam kepayahan.Meski dalam keterpaksaan namun tiupkan lah bicara padanya yang Allah sangat menyukai orang yang sabar seperti mu..sememangnya kebaikan bermula dalam paksa, biarlah...nanti satu masa keikhlasan pasti hadir dan di saat itu si tubuh kecil itu lah yang paling bahagia kerana amalan nya itulah membawa dia ke jannah..
    Benar, orang bijak tidak selalunya betul..doakan keluarganya agar di ketukan sedar bahawa mereka telah terlepas satu peluang untuk berbakti pada sang tua..
    Tapi yang pasti, keluarga mu tidak akan mengulangi sejarah yang terlakar sudah..
    sirru alabarakatillah..=)

    ReplyDelete