Assalamualaikum..
Salam sejahtera penghuni
syurga sekalian…
Setelah Sekian lama mencari
diri..
Mengenal diri..
Di mana takrif diri saya
sendiri..
Dan bagaimana takrif diri
saya yang bergelar hamba disisi allah
Background story membuat diri
terasa hina dan dina..
Ketika syeikh Ibrahim ibn
adham ditanya tentang bagaimana jalan menuju zuhud ,beliau telah menjawab :
بثلاثة اشياء: رايت القبر موحشا وليس معي مؤنس ورايت طريقا طويلا وليس معي زاد ورايت الجبار قاضيا وليس لي حجة
Maksudnye : “ melalui 3
perkara : aku melihat kubur itu mengerikan namun aku belum mempunyai penolong (dari
kengeriannya), aku melihat jalan yang panjang menuju ke akhirat namun aku belum
memiliki apa-apa bekalan untuk ke sana, aku melihat ALLAH yang maha perkasa akan membicarakan aku (atas apa yang
aku usahakan) padahal aku belum mempunyai hujjah (untuk menghadapi perbicaraannya).
Penolong dalam
kubur..penolong disaat disoal oleh munkar dan nakir..penolong disaat diri hampir
terjunam ke dalam lembah neraka..
Siapa dan apakah?
Masyaallah..diri akan
terselamat walau ada sebesar zarah iman sekalipun didalam dada..
Dan hanya ALLAH pelindung
terbaik yang ana ada disaat ana tidak punya sesiapa..ana punya saudara,ana
punya sahabat,ana punya ibu bapa..tapi semua itu tidak akan menyelamatkan
ana..yang ana perlu hanya iman..
“ kenapa awak buat saya mcm
nie?”
“entah ..saje..”
“kenapa awak fitnah saya?
“saje…”
Sahabat saya pernah berkata :
“apa je yang kita lakukan,
kita mengambil remeh sesuatu perkara,macam mana nak jawab depan allah? Saje…???
Tersentap!
Terkadang ..
Ana mengambil mudah setiap
perkara..
Tidak pernah terlintas dan
mungkin pernah terlintas dalam zihni tapi ana take it for granted..
At last..semua perkara remeh
yang ana pandang ringan sedangkan ianya sebesar gunung yang ana sendiri tidak pernah
pikul semuanya diambil kira.
Maka , syurga yang indah lagi
mahal itu,agak-agak ada tempatkah untuk
ana yang lalai ini??
bersangka baiklah pada
ALLAH..itu yang ana sentiasa nasihatkan pada diri yang selalu bermaksiat pada
ALLAH..
insan..
manusia yang pelupa..manusia
yang lemah tidak berdaya..kaki yang melangkah ini tidak akan terlangkah andai
bukan dengan kehendak ALLAH yang mengizinkannya..
jari jemari ini tidak akan
mergerak menaip seandainya allah tidak memerintahkannya untuk bergerak..dan
semoga apa yang ana taip ini mampu menjentik hati-hati kembali kepada fitrah
hidup sebagai hamba.
Segala-segalanya kita
berhajat kepada Pencipta. Sebagaimana hidupan berhajat kepada mekanisme alam
untuk survive..
Islam itu diibaratkan 5-0 = 0
Kita tolak hujan maka matilah
hidupan.
Kita tolak matahari maka
matilah hidupan
Dan kita tolak ALLAH maka
mati kekufuranlah kita..
Sebagai hidupan..kita
berharap kepada yang HIDUP ..TUHAN YANG HIDUP DAN TIDAK PERNAH MATI..
Kita yang akan mati mengharap
agar allah panjangkan umur dalam kebaikan..
Kita yang sakit mengharap agar
allah sihatkan kita..
Kita punya hajat..kita punya
matlamat,kita punya visi..
Tapi sejauh mana
matlamat,visi misi dan hajat itu kita sandarkan kepada ALLAH..
Kita mengharap ALLAH
makbulkan hajat kita tapi sejauh mana kita tunaikan perintah allah terhadap
kita..ALLAH tidak berhajat apa-apa kepada kita.kita yang sentiasa
berhajat..sedang allah hanya ingin kita sembah sujud kepadaNya..
Allah tidak perlukan ana tapi
ana perlukan allah. ALLAH tidak akan mati tanpa ana tapi hati ana akan mati
tanpa ALLAH..
Sebuah syair arab menyebut:
نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي
Maksudnya : kita disibukkan pagi
dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu
tidak akan habis (selagi tidak mati)
Benar..Hajat ana sentiada ada
sampai ana mati..terkadang apa yang ana minta itu bukanlah satu keutamaan tapi
kehendak yang terhasil terhadap kecintaan
terhadap dunia berbanding akhirat yang kekal sehingga ana tidak mampu
membezakan yang mana keutamaan dan keinginan.
Hajat inginkan keluarga
bahagia..hajat ingin membahagiakan ma ayah..hajat ingin mdapat suami soleh
tanpa ana perlu bermaksiat dengannya..hajat inginkan zuriat yang akan bawak
islam di mata dunia,hajat ingin Berjaya dalam pelajaran..hajat ingin bertemu
dengan rasulullah..hajat ingin bertemu dengan ALLAH?? Hajat yang terbesar yang
ana punya sekalipun itu hanya hajat yang akan termakbul bila mana ana serahkan
jiwa dan raga ana untuk DIA. Semua itu hajat ana..hajat yang ana harapkan..
Benarlah yahya ibn muaz
menyebut :
“orang mulia tidak akan
bermaksiat kepada ALLAH swt dan orang yang bijaksana tidak akan mementingkan dunia
mengatasi kepentingan akhirat”
Syeikh ibn athaillah berkata:
خير ما تطلبه منه ما هو طالبه منك
“ Sebaik- baik yang patut engkau pohon dariNYA ialah
mohonlah hidayah darinya agar
engkau mampu melaksanakan apa yang DIA perintahkan”
Subhanallah.inilah permintaan
yang agung..permintaan yang terhasil dari mata hati yang jernih yang memandang
pemilik dunia melebihi dunia yang akan ditinggalkan.
Abuya hamka:
“ orang yang celik mata
hatinya itu bila memandang,walaupun matanya memandang alam namun hatinya tetap memandang
TUHAN”
Oleh itu mohonlah yang
terbaik darinya..
ALLAH tahu melebihi apa yang
kita mahu..
in shaa allah..semuanya khaer.. |
"الافتقار الى الله افضل عبادة"
ReplyDeleteوكل هم همنا # يهون باسمك يا عظيم
& setiap kesulitan yg menimpa kami # menjadi mudah dgn namaMu wahai Tuhan Yg Maha Agung
عنا أزل ما قد نزل # من قادح القطب الشديد
hapuskanlah drpd kami segala yg menimpa kami # drpd bala bencana yg amat menyakitkan.
'walau DIA tidak kelihatan di mata..namun aku mahu menyaksi DIA dgn perasaanku'..
jazakillah khaer,dear..
moga Allah memberiku dan kamu kebaikan & perasaan yg benar2 merasai kebaikn drNya.
syaheedah :
ReplyDelete'walau DIA tidak kelihatan di mata..namun aku mahu menyaksi DIA dgn perasaanku'..
walau DIA kelihatan menjauh drku,hakikatnye aku yang menjauhi DIA..
fastabiqul khairat..
jazakillah khaer kaman...
moga hati dan perasaan yg allah beri mjadi platform tuk lebih mdekatiNYA..