Tuesday, 4 October 2011

KEHIDUPAN 4 :JANGAN HINA DIA!

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum ..

homesick!
kenapa saya mesti homesick?huhu..
relevankah soalan itu?
relevan pe..
ingat students yang duk oversea je boleh homesick?saya pun nak homesick jugak..
x salah pun law kita nak berhomesick kan??..
xberdosa pun..
jom berhomesick bersama saya..
toinggg,,,,hee..ehem.

saya tak percaya anda tak homesick! ahaks..

kenapa saya homesick?

sebab saya teringat kat ma n ayah..huhu..
even kol tiap- tiap hari dan bercerita every story that i've went through..
tapi tetap tak puas hati jugak..
nak jugak jumpa ma ayah..
hoho..anakmu kerinduan..ngeh3..

kenapa saya terus homesick?

sebab ma dan ayah selalu sakit..
sebab saya tahu ma ayah takkan pernah sunyi dari diuji dek manusia sekeliling..
sebab saya tahu i can't stand watching n hearing people talk about them..
pn.mariam isa & en.mohd nasir dollah


"puan, ada tak nama khadijah kat kampung ni? tanya pegawai yang entah dari ceruk bumi manakah datangnya dia pun tak tahu..
"khadijah mana ye nak? soalan dilontar dibalas dengan soalan..
"kami nie dari pihak kebajkan orang kurang upaya..dan kami sedang mencari Pn.khadijah binti zamani.." terang pak cik pusat kebajikan lalala tu kepada mak cik separuh umur, mak mah..
" eh xsilap mak cik, orang yang bisu dan pekak sini Mariam sorang je..tak de dah orang lain..dengan penuh semangat Mak Mah memberi maklumat..amboi..mak cik..tak sayang mulut nampakk...
"Mak cik! mak saya bukan Khadijah binti Zamani dan mak saya tak bisu dan tak pekak macam yang mak cik cakap!" tiba- tiba datang anak muda mencelah marah..

ya. mak saya bisu, pekak, tapi bibir tua yang bisu itu lah yang mendoakan saya sehingga saya menjadi manusia berguna.


ya.! mak saya pekak, tapi dengan telinga itulah mak saya mendengar saya bercerita sekalipun dia hanya memandang tangan kami yang mengawang- ngawang bercerita.



siapa ma,ibu,umi,habibati saya?

dialah ma..
mak saya  yang mengelap luka -luka saya..
mak saya  yang jaga dan stay di sisi saya ketika saya diserang asma teruk..
mak saya  yang berlari keluar dari bilik ICU apabila adik saya disahkan paru- paru berair..
mak saya  yang menangis pilu melihat kakak ke2 saya yang menghidap penyakit jantung berlubang..
mak saya  yang menangis melihat abang saya patah ibu jari kaki..
mak saya yang menangis kesyukuran dan tersenyum bahagia menerima cucu pertama nya..
mak saya yang tergelak dan menangis serentak apabila anak- anaknya pulang kerumah tanpa memberitahunya..konon nak buat suspen..huuuhuuu
itu mak saya yang mereka pernah hina..


macam saya kan?ya..hehe.


perlukah kita terasa malu dengan mak kita sedangkan dia lah yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita?



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14) |


"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak dari kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu menyayangi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir"
— 
Hasrizal Abdul Jamil


"achik..ce urut ma tu jap..tak kesian kat ma ke?" cuit ayah pada bahu achik..
"alaa ayah..selalu orang yang kena urut ma..suruh la kak ngah, adik plak..asyik-asyik orang je yang kena buat.." rungut achik sambil memuncung bibir..kak ngah dan adik sengih gumbira.
"chik..ma pernah merungut ke jaga achik masa achik demam?ada ma biarkan je achik macam achik biarkan ma macam nie..ma, masa achik lahir, ma tak bagi even seekor nyamuk pun dekat taw tak? nie ayah suruh achik urut ma pun dah merungut..anak ayah ke macam nie? " tegur ayah sambil menarik telinga achik.sedikit tersentuh hatinya melihat isterinya yang tertidur kepenatan.. 


kita selalu merungut, kan anak- anak sekalian?

hmm..kita selalu kata parents kita tak pernah paham kita..
hmm..kita selalu kata parents kita kuno..mana paham kehendak kita skrg..
"ayah tak paham..zaman dulu logik la kalau tak kaple,tapi sekarang dunia da moden la ayah.."

hmm..kita selalu bimbang..
" nanti kerja t,dapat duit gaji,kena bagi kat mak ayah..adoi..bankrup la aku macam nie..makin tua makin mengada orang tua nie"

kenapa kita begini ye?

ibu kita jenuh berfikir apakah resepi untuk dihidangkan untuk anak- anaknya..
"allah..aku nak masak apa .nie..anak aku nak balik dari U hari ini.." 

ayah kita jenuh fikir macam mana nak cari duit..
"ayah..cikgu mintak duit..cikgu suh bayar yuran secepat mungkin.." kita desak ayah sebab kita rasa malu kita orang paling lambat bayar yuran..
"insyaallah..esok ayah bagi.." ujar ayah menyenangkan hati si anak dan ayah pergi menebalkan muka meminjam duit dengan atuk dan nenek..

tapi kenapa kita begini didepan mak ayah?


agak2 apa perasaan kita bila melihat orang bertekak camnie depan mata?

ayuh kita menjadi anak yang soleh dan solehah..

ya tuhan rabbul izzati..
sebagaimana kau telah menciptakan kami dan melindungi jasad kami selama 9bulan didalam rahim ibunda kami..
sebagaimana kau telah memberikan rahmat dan ganjaran yang besar kepada ibunda kami mengusung berat jasad kami..
sebagaimana kau telah mengangkat darjat as-syahidah bagi ibunda kami yang pergi setelah melahirkan kami..
sebagaimana kau menjadikan ibunda kami sebagai tempat kami berteduh dan mengambil cebisan dari kasihMU..
sebagaimana kau menunjukkan kepada kami keajaiban ciptaanMU yang ada pada ibunda kami..
sebagaimana kau menciptakan 9 emosi dan 1 akal kepada ibunda kami..
sebagaimana itulah kami memohon kepadaMU yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..
sayangilah ayahnanda dan bonda kami sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kecil..
lindungilah mereka dari bala dunia dan azab akhirat sebagaimana mereka melindungi kami sedaya upaya mereka..
jauhkanlah dan jangan kau hampirkan mereka dengan api nerakaMU walau bahangnya sekalipun..
dan binakanlah untuk mereka YA TUHAN YANG MAHA KUASA..
binakanlah mereka istana di syurga kelak..
kerana mereka mengajar kami mengenaliMU..
kerana mereka mengajar kami mendekatiMU..
kerana merekalah kami lahir dan mengenali makrifatMU..
aminnn...



salam sayang salam rindu buat ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
salam rahmat dari ALLAH RABBUL IZZATI..
kepada ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
samada yang masih terus bernafas didunia ini..
yang masih bertahan dan terus bertahan dengan kerenah- kerenah kami anak- anak..
dan juga yang telah kembali ke rahmatullah..
ketahuilah kami pernah mencintaimu dan akan terus menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi dan bersabar dengan kami..

Sunday, 2 October 2011

KEHIDUPAN 3.. THIS IS LIFE

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum…


there is a day..
a day which thought me about life..
a life which starts with a life..
there is a Great lecturer thought me about life..
ustaz ayyad namanya..baghdad bumi kelahirannya..

ما المراد بهذا جملة؟
" ولدت فيها "

"apa yang dimaksudkan dengan ayat ini?
"saya dilahirkan disitu?"
ceritakan..

"umm..ust..saya dilahirkan oleh ibu saya di sebuah kampung.." ujar nasir sambil tergelak..memang la..kalau tak ibu kita yang beranakkan kita sape lagi?ayah kita?hehehe..
"saya dilahirkan di kajang..saya punya ramai kawan.." afaf pula menjawab..
"saya dilahirkan di kampung kat kelantan..kampung lebih aman dari bandar..tak bising macam bandar.." dan ini saya yang menjawab..hehe..bajet nak promote serambi mekah la aku nie..hahaha..
"kat kampung saya ada tasik, ada sawah padi, banyak kenangan saya kat kampung.." yang nie saya dah lupa siapa yang menjawab..rasa-rasanya budak sabah..ahah..ingat dah. Sarji namanya..

bukan kampung saya..haha


memula ust tu masuk lam kelas kami, jantung berdegup-degup..kencang jugak..mana taknye..muka garang giler..fully arabic. suara pulak kuat cam gempita..tapi mata biru..awww..comel..hoho..tapi semangat ustaz nie buat kami terasa macam dapat semangat baru..terasa seronak nak belajar.

syeikh abdurrahman as-sudais 


setiap seorang dari kami diberi masa 5minit untuk membentangkan tajuk "kenapa saya sayang kampung saya?" 
 macam tak logik kan? memang keluar dari silibus ALSP.. tapi alhamdulillah..kami dapat apa yang kami cari dalam hidup bila menuntut ilmu dengan ustaz baghdad nie..

saya masih ingat lagi..ustaz cakap "mari hari"
memang tergelak besar budak- budak ni bila ust sebut ayat tu..pelik beno..haha..
jenuh fikir..mari hari tu ape? rupa- rupanya mari, hurry..
hahaha.. dia suruh cepat keluar ke depan rupanya..adoi..pending betul la..

apabila tiba turn saya kena bentang..ehemm..agak gemuruh tapi buat relax..takut..hoho..

"saya tinggal di kota bharu kelantan.. saya ada 7 beradik seorang abang..saya tinggal berdekatan dengan rumah ulama' besar, tuan guru nik aziz ni mat" belum sempat habis bercerita,ustaz tepuk tangan sambil angguk-angguk.. sakan. mak aih..semput aku ustaz nie..adoi...ustaz angkat ibu jari tanda good..
suka sangat dia bila saya sebut tuk guru..kenal ke? entah..haha..

tuan guru nik aziz nik mat *atuk saya* hehe =)


kemudian, ustaz pun bercerita..

What do u understand from that words?
"saya lahir di situ"

perkara pertama yang kita kenal bukan mak ayah kita..
perkara pertama yang kita kenal adalah hidup..
lahir dan hidup ke dunia..
thats it! 
life! 
And alive..


Aku : law ko nak to4 pointer ko ,skorkan tuk paper usuluddin
Dia : aku xpandai macam ko
Aku : aku lahir terus pandai ke?
Dia : ye la
Aku : ko lahir terus pandai makan sendiri tanpa disuap ke?
Dia : yup
Aku : tgk.. memula lahir je ko da pandai makan sendiri..maknanya,ko blh je nk ubah takdir ko..tp aku lahir kna parents aku suap dulu sampai la aku pandai makan sendiri..jangan cepat putus asa dengan diri sendiri sedangkan kita tahu kita mampu nak berusaha kepada yang lebih baik.
see..kita pernah fikir tak?hidup nie tak secomplicated yang kita rasa 
Lesson : 
hidup nie jangan terlalu cepat berputus asa..even kte nmpak seolah2 bumi tu nk hempap kita ,seolah2 ahli sumo 2 nak hmpap kita yang tinggal tulang je nie..tapi  kita masih boleh berdoa..kita masih lagi boleh lari selagi kiamat itu belum berlaku sbb kita boleh berdoa pada allah selamatkan kita dari bala itu dan allah itu maha kuasa nk kembalikan bumi itu kepada stabil..xmustahil sbb allah itu maha kuasa maha agung..knp nk terlalu cepat putus asa dan berserah terus kpd takdir tanpa yakin bahwa allah boleh mengubah apa yang ditakdirkan tuk kita..
tapi ingat 
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها "” ..
allah xkan beban kan kita dengan ssuatu yg kita x mampu nk pikul..
allah nk kita tahu allah pandang kita..ambil berat pasal kita..buatnya allah x tengok kita langsung? Apa kita nk buat? 
hidup ni ibarat buah shuttle..ye la..kita berusaha jgak nk pukul shuttle tu..jatuh,bangun lagi..ke kanan,kiri,depan belakang..semua jalan dah kita jelajah..last2 even kalah,at least kita da cuba yang terbaik..kita kalah slps berusaha..kita x duduk tercongok tengok je shuttle 2 dipukul..fikirkanlah bahawa hidup nie hanya lah persingghan..sekejap je..sampai  masa nanti kita kena kembali pada allah..x rugi untuk berusaha kepada hidup yg lebih baik kan.berubah kepada yang lebih baik itu is not a crime and to fall in love is not a crime too..ek?
jatuh bangun macam nie..adoi

we feel tired to talk about the person that appear in our life
That made our life worse
But they are the people who teach us about life actually..
How we need to survive in this world
Without anyone beside us..
Teach us that life is not about to be happy all the time ..
But life is about how to create the day..
Life is not just about a happy couple
But life is about how to make the relationship become stronger day by day..
Life is not just about give and take..
But it is about how its teach us about what you give you get back..
Life is not just about the worst day that we've going through..
But it is about how we make the day become the lesson day of the world..
Life is not just about a friend become an enemy..
Or a family become a stranger..
But life is about how to be a better person to the people around us..
To be the better person for ourselves..
And life is not just knowing that we’re ALLAH creation..
but life is about how to know HIM..
How to get close to HIM..
How to miss HIM ..
How to love HIM than others..
never quit..
This is life..




Friday, 30 September 2011

KEHIDUPAN 2.. DUNIA YANG SUNYI



assalamualaikum..

 hari ini entah kenapa terasa ingin berbicara tentang sahabat..
agak emosi jugak bila TERsebut sal sahabat nie..

sebab agak related dengan hidup saya dan mungkin juga salah seorang dari anda yang membaca..

 teruskan membaca dan memahami dan berfikir..



"asal aku berjalan, mesti nampak muka tembok korang bertiga nie..wes..korang nie dah lama berkawan ke?" tanyaku kepada A,B dan C..mana tak nya ..kemana je pergi mesti jumpa budak kaki panjang,separuh panjang dan pendek terus nie..hee..
"x lah..kami kenal masa sem 1 laa...masa tengah jem tak kenal sesape..hee" jawab A..B dan C hanya mengangguk sambil sengih busuk.haha

macam nie...hehe

terkadang kita sering mentakrifkan seorang sahabat itu 
is the one that always stay.
stay with us in every situation we are..
standing still beside us..
nak pergi kelas..dia ada..
nak pergi makan pun dia ada..
nak ke mana-mana pun dia wajib ada dengan kita.. 
sampai satu masa kita telah menjadikan dia tempat bergantung kita..


perhaps..

"beb..kenapa dengan kau?" ujar A..dia seolah-olah telah dipulaukan dari sahabat seperjalannya..kemana- mana je kaki nak menjejak dah tak ada lagi dah dia..asal A datang je mesti B tiba - tiba berdiam diri..kini A lebih banyak bersendirian dan aku perasan akan perubahan itu..ya. sangat perasan.

"kau bergurau kasar.. bergurau biawak kau taw tak? bergurau yang boleh buat orang terasa.." terkedu dan sebak.. dan kisah itu berlalu pergi meninggalkan A dan B yang sudah hilang bunga- bunga persahabatan yang pernah diikat dan dipateri dalam hati..

dia dah xde...



dan tersangatlah biasa perkara ini berlaku di antara dua,tiga,empat,sepuluh sahabat ..
dengan hanya satu gurauan..
ia berkuasa nak menjentik hati orang..
tapi..
siapa tahu..
dia bergurau biawak tu sebab nak menghentikan omelan si teman..
siapa tahu dia nak menceriakan suasana..
dan siapa tahu dia bergurau sebegitu rupa sebab dia nak merawat hati dia..
melampiaskan marah dia pada kita yang dah lama terpendam dalam nada gurauan..
sebab mungkin dia pernah terasa dengan kita tapi kita sendiri tak pernah nak sedar hakikat yang kita lebih banyak menyakiti dan memPERGUNAkan dia..

terkadang kita sentiasa terasa hati dengan sahabat kita..
tapi pernah ke terdetik lam hati kita..
" aku selalu je terasa dengan dia..tapi,dia tak pernah ke terasa dengan aku..?"
*quote budak berlagak tu..hehe*


 binisbati ana, takrif sahabat itu bukan pada dia yang sentiasa "i'll follow u"..
bukan pada yang sentiasa belanja kita makan 
"jom..pekena roti canai.."

bukan pada dia yang kalau kita menguap
"weh!cam setan"

bukan pada dia yang kalau kita ajak solat jemaah 
"ko semayang lah dulu"

bukan pada dia yang bila kita nak share masalah
" alaa..benda kecik je 2..cte aku lagi sadis dari ko"

but sahabat is 

dia yang selalu ingin memperhangat hubungan kita
"jom kita masak sama2? cuba resepi baru"
dia yang selalu ajak kepada kebaikan
"jom jemaah..nanti kat akhirat t, law aku jatuh lam neraka ,mudah-mudahan ko boleh tarik aku dari neraka tu sebagaimana ko tarik aku sekarang.."


"sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya ALLAH mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika ia terlupa ,ia akan menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya,ia akan menolongnya"


dia yang bila kita menguap dia tolong tutup mulut

"dear..Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “menguap adalah dari setan. Karena itu, apabila salah seorang dari kalian menguap, tutuplah serapat mungkin karena ketika salah seorang dari kalian berkata ‘huah’ (pada saat menguap), setan akan menertawakannya”.

dia yang selalu concern
" u..how's ur day? ok?pe cer?"
"even aku jauh dari ko, xleh nak teman ko , tapi aku selalu doakan kau ok slalu"

dan 


sahabat saya ialah 'aen fatihah yang banyak memahamkan saya tentang bersahabat dan sangat memahami saya.. 
sahabat saya ialah ammar dan kak.dja yang ajar saya tuk kuat sebagaimana dia kuat tuk bangkit hidup kembali..
sahabat saya ialah fazlina ismail yang sentiasa mempositifkan fikiran saya..
sahabat saya ialah rabiatul adawiyah yang sentiasa di uji tetapi sentiasa bertahan untuk mejadi kuat..
sahabat saya ialah sofia alwani yang tak mau saya sedih2 lagi dah..hee

dan saya tidak segan malah saya bangga untuk mengatakan saya punya banyak sahabat yang tiada di mata, tiada di usim, tapi ada di hati dan doa..

dan anda2 yang tidak tersenarai di sini tapi tersenarai di luh mahfuz..
anda adalah sahabat saya yang mentarbiah saya tentang hidup dalam hidup ini..
barakallah alaina waalaikum =)


Boulevard Of Broken Dreams"

I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's only me, I walk alone

I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
When the city sleeps
And I'm the only one and I walk alone

I walk alone
I walk alone
I walk alone
I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'til then I walk alone

I'm walking down the line
That divides me somewhere in my mind
On the border line
Of the edge and where I walk alone

Read between the lines
What's fucked up when everything's alright
Check my vital signs
To know I'm still alive and I walk alone

I walk alone
I walk alone
I walk alone
I walk a...

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there will find me
'til then I walk alone

I walk this empty street
On the Boulevard of Broken Dreams
When the city sleeps
And I'm the only one and I walk alone

 is waiting 4 somebody 


"jika aku ditakdirkan hidup selamanya,
aku ingin tetap seperti sekarang,,
jadi insan yang bergelar sahabatmu..
jadi teman yang selalu di hatimu ..
jadi teman yang selalu sayangimu..
jadi teman yang selalu rinduimu..
jadi teman yang selalu memahamimu..
namun, kita hidup tak selama- lamanya..
semoga hari-hari ini menjanjikan kebahagiaan dan hikmah dalam hidup kita
selama-lamanya.."

kepadamu duhai sahabat duhai teman yang hadir dalam hidupku..


Wednesday, 28 September 2011

KEHIDUPAN 1

بسم الله الرحمن الرحيم

 Sabda Rasulullah s.w.t:
Ertinya: "Setiap perkara yang tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan terputus rahmat dan barkah bagi perbuatan tersebut."


 jom mulakan langkah kita dengan bismillah..=)

Krekkk..pintu rumah A4-7 dibuka. Hmmm..satu keluhan panjang saya lepaskan. Penat sebab baru balik dari kelas yang agak mengecewakan. 
Lecturer tak masuk dan tersangat penat dengan housemate yang tak menitik beratkan soal kebersihan rumah. Allah. 
Kala itu terasa ingin keluar balik. Kaki kaku untuk melangkah. Kasut- kasut  bertaburan tidak berkemas memantutkan pergerakan saya. Kaki melangkah menuju ke bilik. Lemasnya terasa dan bertambah rimas apabila memandang sink yang penuh dengan pinggan mangkuk, jag, rice cooker yang tak berbasuh. Bila diperhatikan, dah dua hari jag air itu tak berbasuh..allah..boleh hidup lagi diorang dengan suasana rumah yang seakan akan kapal pecah.Perlahan- perlahan lengan baju disinsing. Aku dah jadi orang gaji yang tak bergaji.

“ eh.. buat apa tu?” tegur atiqah seraya merapati saya. Mungkin bunyi bising yang saya lakukan ketika mengikis kerak nasi menarik perhatiannya. Tak ada berus besi, guna sudu jelah.

“hmm..basuh pinggan nie sikit. Kalau tak basuh, tunggu seminggu lagi mahunya berkulat lah sink nie.” Luahku perlahan dalam nada sangat kecewa. Ya. Sangat kecewa.

“ biarkan jelah. Biar diorang basuh sendirilah.” Tingkah atiqah tidak senang melihat saya yang sedang berusaha mengikis kerak nasi. Sudah direndam dengan air panas tapi degil jugak kerak ni nak terlekat kat periuk..heee..

“xpe..” saya balas ringkas. Dan atiqah berlalu masuk ke bilik.

nasib baik tak kotor cam nie..mang  naya.huhu


Dan saya terus melakukan kerja sebagai orang gaji sementara mengharap kemarahan dan bara dalam hati sejuk. terasa seolah-olah dah tak boleh mengikhlaskan hati dah bila terpaksa berdepan dengan benda sama...
Kala inilah saya teringat catatan pengalaman hidup ust hasrizal abd jamil di jepun rasanya. Isteri kepada temannya,Laura yang dahulunya ke gereja dan kini telah beralih kepada masjid pernah berkata “nampaknya islam dengan muslim itu kena laura belajar secara berasingan.”

Tergamam saya sebentar. Sememangnya islam dengan mukmin sangat jauh bezanya. Seseorang muslim itu belum tentu sudah menjadi mukmin dengan hanya mengucap syahadah. Islam dan kebersihan itu tidak dapat lari dari cabang syariat. Muslim yang tidak mementingkan kebersihan bukanlah mukmin yang sebenar.

إن الله جميل ويحب الجمال"
Allah itu cantik dan sesungguhnya DIA mencintai kecantikan. 

Bahkan kebersihan itu separuh dari iman. Kalau kecantikan luaran kita, wajah kita di touch up penuh teliti, dikenakan krim pelembap, tak cukup dengan itu, gincu pemerah bibir, blusher, eye shadow, dan lain- lain lagi yang saya sudah tak tahu apa bendanya lagi sangatlah kita titik beratkan ,kenapa isu kebersihan rumah kita, kita tidak cakna?

Allahuakbar!saya sudah kehilangan kata kata. kisah ini sudah sering menyapa skrin handphone sahabat- sahabat saya..dan kini ingin saya kongsikan  bersama kalian semua agar kita lebih cakna dengan kebersihan..
tak rugi kita mengamalkan hidup bersih kan?..

dan ibrah yang saya dapat dari kisah yang tertera dalam hidup saya :

usahlah kita merungut dengan mehnah dunia..
sebab ujian nie yang mengajar kita cara untuk bernafas dalam hidup nie..

seandainya anda dan saya tidak di uji, bagaimana saya dan anda akan belajar bagaimana untuk cakna akan kebersihan?

bagaimana untuk saya terus melatih hati ini untuk sentiasa ikhlas??

sudah2 laa..
yang lepas itu biarkan ia berlalu..
tapi jangan biarkan yang lepas itu berlalu begitu saja..
biarlah ada ibrah yang dapat kita kutip walau tak banyak..=)

sekalipun manusia tidak nampak apa yang kita lakukan dan korbankan, kita masih ada ALLAH yang memberi dan menghargai kita kerana ALLAH itu MAHA MELIHAT lagi MAHA LUAS PENGETAHUANNYA...

semoga hari ini menjanjikan seribu keikhlasan dan membuang seribu ammarah..


jom ikhlas selalu

bermula kehidupan sebagai blogger yang mentah

assalamualaikum..
alhamdulillah..niat nak buat blog tercapai jugak even tak pandai dan tak berapa kasyaf dengan dunia IT nie..
terasa rendah diri dan terasa macam malu pun ada..huhu..
tapi disebabkan desakan oleh sahabat terchenta saya nie nur ain fatihah dan ammar terpaksa jua saya buat..hahaha..beb..jangan mare..ngeh3..
teringat memoirs paksaan yang dilakukan oleh mereka berdua terhadap diriku yang kerdil ini..hahaha

"ain, aku terasa cam nak buat blog laa.."
" jom.. aku ajar"
"hmm...xpe lah ..cancellah.."
"weh! cepat la..kalau orang lain aku boleh ajar, tak kan kau aku tak boleh ajar"
"xpelah"
"iffah! aku tengah marah nie!"
hehe..terasa kelakar..ada ke orang marah beritahu dia marah?ngeh3..ok..nungkin ada.

kenapa tajuk blog saya kehidupan yang mengajar kehidupan?

sebab kehidupan banyak mengajar saya untuk hidup..

hidup dalam dunia bertuhankan ALLAH yang MAHA PENGASIH..

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hasy-r 59:22


hidup dalam dunia yang bertemankan makhluk-makhluk  ALLAH..


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan -perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14)


hidup dalam dunia sebagai hamba NYA yang taat..

" AKU tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-KU" (AZ-ZARIYAT:56)


dan hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan mehnah dan ujian.


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2


kenapa saya ingin untuk terus hidup dalam dunia ini?


kerana hidup ini merupakan ladang untuk saya bercucuk tanam menambah amal..
amal yang diterima oleh ALLAH..
ya. diterima ALLAH..
dan saya ingin terus hidup kerana saya pernah terasa bosan dengan hidup dan saya ingin menebus kesalan itu.
astaghfirullah..
dan saya ingin terus menulis agar diri yang kurang ini dapat memberi manfaat kepada manusia disekeliling saya ..
dan agar dapat menyumbang kepada masyarakat dengan ilham dan kurniaan yang ALLAH berikan..
agar saya dapat menjawab pertanyaan ALLAH di padang mahsyar kelak..insyaallah..








.