Sunday, 2 September 2012

DIA



 Yea! ada new entry..
haks..
lama sgt xjenguk..
papepun..

slmt hari raya sume...
maaf zahir batin..
taqabbalallah minna waminkum
taqabbal ya karim...






accident,,
jatuh motor ketika membelok dekat majlis perbandaran nilai..
dan sekarang aku trauma dgn brek..
kaki da jd mcm org kna kencing manis..
huks..
xpe..bio oil ada..haha

am not going to story da rest of da tragic accident..
but I just wanna story how kind da people around me..
asmuni zumrah..dia yg hntar sy ke hospital..
menyamar menjadi pak sedara bila nurse da pikir macam2..

Dan DIA yg inginku ceritakan inii ialah dia 
dia yg sanggup berjalan dari kolej sutera indah ke MPN..
semata-mata kerana aku yg useless ni..
dia snggup berjalan pergi baiki kunci motor yg dah patah..
dia sanggup ke klinik nilai jalan kaki nak teman aku yg useless nie..
dan dia balik kksi semula bila dia tgk ak tiada d klinik itu..
semuanya dgn jln kaki..
dan jarak semua tempat tu bukan macam tesco dgn kksi..
bkn macam mmp dgn mydin..

sedih sbb menyusahkn smua org


bila aku balik ke kksi,
dia menunggu ku di bilik..
dia papah ak..

“kak,efa nk solat zuhur”
Dia papah ak ke bilik air..
Dia pastikan luka aku tak kena air..
Dia pakaikan aku telekung..

“kak,sakit..”
Dia tidak tidur di malam hari..
Dia menjaga aku setiap saat..
Setiap waktu..

“fa..akk nk g kelas..makan ubat taw”
Setiap hari dan setiap saat
Dia akn memastikan
Aku in a good condition..
Even dia lam kelas,
Dia tetap msj aku..tanya keadaan aku..
Bila dia balik dari kelas..
Dia belikan aku bubur..
Dia suapkan aku makan eventhough kaki aku yg luka..
Bukan tangan aku..




“boleh x tlg g hep,amek sume boring yg bkaitan dgn kewangan..”

“weh?! Ko tu sape nk mengarah aku?ingat cket ko jd jaksa sbb sape?
Dasar pompuan xtahu malu..dalam 1 saat je aku boleh haramkn sume esemen yg ak pnh bg ktko..”

Ahmad %%%$%#$#....
Dialah insan yang aku tak pernah sangka aku akan faced
Dis kind of person..
Insane yg buat ak menangis tak henti2 ble dihina olehnya..
Tp alhmdulillah..
Allah sedang mengajar aku
Bahawa tak semua orang itu baik..
Aku person in charge for motivasi sekolah di maip..
Aku ditaklifkn sbg pengarah program..
Tp aku terasa kelakar..
Sememangnya siapalah aku kan..
Eventhough aku pengarah program,
Aku xpnh diberi peluang tuk bercakap dihadapan..
Terkilan?
Yes..

Aku tidak pernah diberi peluang tuk membuat keputusan..
Ajk bawah aku yg berkuasa..

Am I dat coward sampai kepala aku dipijak?
 “iffah, gtaw pihak sekolah esk xde ceramah”
“iffah,gtaw pihak sekolah,esk xde majlis penutup”
“iffah,gtaw pihak sekolah esk kte balik kol8..”
“iffah,awak xboleh wt mcmnie!!..”
Siapa sangka aku diarah oleh ajk aku?
Siapa sangka aku kna marah oleh pihak sekolah?
Siapa sangka aku dipandang rendah oleh semua orang?
Siapa sangka aku ni xboleh harap?
Siapa sangka aku ini iffah nasuha?


sgt sebak...T_T


“efa..”
Dia panggil aku..
Dia pandang ke dalam mata aku..
Dan aku menahan air mata jatuh ddepan jaksa2..
Didepan cikgu2 sekolah maip..
Dan aku pergi pada dia..
Dia peluk dan gosok belakang aku..
Naik bas…
Balik nilai..

“chill out beb..prgram ko da abes da kan”
“cne ak nk b hepy?
Dia pandang aku..
Dia gosok belakang aku..
Dia sapu air mata aku..
Dia peluk aku..



Ya tuhan..
Dialah nur khadijah sahak..
Da one yg stand still beside me..
Stand still within me..

Ya tuhan..
Berilah kesihatan yg baik kpdnya..
Berilah kebaikan dan ketenangan kpd insan ini..




semoga dgn doa kalian membantu menguatkan sahabatku ini
menjalani apa jua ujian yg mndatang..
terima kasih..
jazakillah khairan jaza' 

Friday, 2 March 2012

HADIAH HARi JUMAAT: PENGAJARAN SATU KISAH DALAM AL-KAHFI



Satu hari, Dr Ala’ Hilat berkongsi akan satu kisah menarik.


   Kisah itu kisah biasa. Aku pun awal-awal mendengar maudu’nya, rasa kurang berminat. Kisah seorang lelaki soleh yang biasanya orang panggil dengan panggilan Khidir, dengan Nabi Allah Musa. Ya, mungkin ramai akan menarik muka terlebih dahulu. “Ala, dah tahu.” Sebab aku juga begitu.

                Tetapi Dr Ala’ Hilat berkata:

                “Al-Quran bukan buku sejarah. Al-Quran bukan buku fizik mahupun kimia. Al-Quran adalah Kitab Hidayah. Petunjuk buat yang memerhati dan membuka hati. Maka kisah Khidir dan Musa bukanlah kisah tarikhi(sejarah), tetapi adalah petunjuk, penenang hati daripada Allah SWT.”

                Ketika itu aku diam dan mula memandang wajah guru kesayanganku itu.

                Menanti apakah yang menarik yang akan disampaikan olehnya. Sebab Dr Ala’ memang terkenal dengan manusia yang mampu menggugah jiwa manusia yang lain.

Sepintas kisah Khidir, menandakan bukan itu perhatian utamanya

Dr Ala’ tidak panjang menceritakan kisah Khidir dan Musa. Dia sekadar mengeluarkan point penting. Katanya ada enam point penting, tetapi dikeluarkan tiga point terlebih dahulu. Dr Ala’ kata, tiga point yang hendak dikeluarkan ini adalah perjalanan Khidir dan Musa.

                1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

                “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

                2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

                3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.

                Dan Dr Ala’ memberitahu betapa Musa AS, dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.

                Kemudian Dr Ala’ menceritakan juga hikmah-hikmah mengapa Khidir melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

                Laju sahaja Dr Ala’ menceritakan semua itu.

                Seakan-akan, bukan itu maudu’ utamanya.

                Dan sampai setakat ini, aku masih tidak nampak, apa yang menariknya?

Tiga point yang ditinggal.

Pada titik inilah, Dr Ala’ bertanya kepada kelas:

                “Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”

                Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidir?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”

                Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”

                Kelas diam. Aku diam juga. Sebab aku tidak pasti hendak menjawab apa.

                “Apakah benar Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Aku terkejut, begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata Khidir bukan bijaksana? Tak berilmu?

                Aku lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, dan aku yakin dia yakin kata-katanya benar.

                “Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidir ini?”

                Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidir kepada pembaca Al-Quran.

                “Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

                “Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”

                Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.

                “Maka, segala keputusan Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.”

                Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

                “Apa yang Khidir lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidir hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidir ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.”

                Sekali lagi aku macam tersentak. Itu point kedua dari tiga. Dada berdegup kencang. Rasa teruja. Rasa macam Allah SWT telah membukakan satu lagi ilmu yang luas untuk diri ini.

                “Dan dengan kisah Khidir, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidir dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

                Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.

Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidir dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.

                “Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ kepada kami.

                Kisah Khidir adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.

                Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.

                “Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”

                Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?

                “Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidir, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.

                “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”

Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 

Dr Ala’ kemudian berkata:

                “Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”

                Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidir. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.

                “Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”

                Aku rasa puas.

                Indah sungguh Al-Quran. Indah sungguh ilmu Allah SWT. Cantik sungguh cara penceritaan di dalam Al-Quran. Dan besar sungguh pengajaran yang Allah mahu berikan.

                Hanya dari satu cerita, yang orang selalunya menyangka biasa-biasa.

                Semoga bermakna kepada kita semua.


Ps: Dr Ala' Hilat adalah pensyarah di Kuliah Syariah University of Yarmouk, Jordan. Merupakan seorang yang khusus(pakar) di dalam bidang Muqorantul Adyan(perbandingan agama). Juga antara sebilangan kecil orang-orang arab yang mengambil pengkhususan mendalami agama Yahudi sehingga ke akar umbinya. Dr Ala' Hilat juga pakar dalam bidang Ilmu An-Nafs. Umurnya baru awal 30-an. Hampir seluruh jenis mata pelajaran Aqidah(Aqidah, Muqorantul Adyan, Firaq fi tarikhil islam), saya belajar dengan dia





Dr Ala' Hilat. Takhassus Muqaranatul Adyan wal Firaq Islami, Pakar dalam Agama dan Hal Ehwal Yahudi. Mendalami juga Ilmu An-Nafs. Dengan dia, belajar boleh menerawang ke angkasa. Puas hati. (mode gembira tersangat-sangat. Alhamdulillah. ^__^)




P/S : COPIED FROM HILAL ASYRAF..

Wednesday, 1 February 2012

KEHIDUPAN 16: LEPASKAN AMANAH INI! T.T

too many days i've went through..
n i felt 
damn!
down!
drown!


lepaskan daku ya tuhan..
ALLAH..

janganlah kerana dia, hatiku ini tergugat tuk terus thabit di jalan yg hamba terpaksa pilih..
lepaskan hamba dari amanah ini ya TUhan...


lepaskan hamba dari ikatan amanah yang KAU taklifkan pada hambaMU ini..
hamba takut tuk berdiri dihadapanMU kelak
menjawab tentang amanah ini..





amanah berat



aku tak mampu tuk ikhlaskan hatiku ini ya tuhan..
terimalah hambaMU ini sebagai hamba yang sedang mencari jalan pulang.
T.T

fil bait : 12:12
2.2.12

Wednesday, 25 January 2012

kehidupan 15 : redha













Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. 


apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" 


doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."


 "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah.. 


si doktor tersenyum lagi & berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." 


"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
 pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah


 "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!" 


"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..


 jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." 




jzkk: Amirul Abdullah.


sumber : facebook




sahabat..
apa yang anda rasa from this short story?
nilailah dengan mata hati kita..
ujian dan redha terkadang sangat susah untuk disatukan menjadi satu bond..
dan kita tak pernah memandang hidupan lain sebagai makhluk yang juga diuji seperti kita..
yang kita tahu 
" sabar2!!! ko tak pernah rasa apa yang aku rasa! said is easy than done!"




cantik ke bila kita marah? dan kenapa mesti marah?




kan??


{ فاصبر صبرا جميلا }
bersabarlah dengan sebenar2 sabar..


xrugi kalau kita sabar kan?
sahabat ada bertanya pada saya..
macammana nak kurangkan rasa marah..


saya teringat pesan sahabat pada saya , fazlina ismail semasa form5 ,
"kalau anti rasa nak marah ,berbaring..kalau masa tu anti tgh baring, bangun,kalau tak hilang juga duduk, kemudian berdiri, amek wuduk..kerana api itu dapat dipadamkan dengan air yang sejuk.."


dan saya juga teringat pesan Dr.fadzilah kamsah..
"kalau kamu nk marah seseorang, cari 100 sebab kenapa kamu nak marah dia" 


^_______^


rasulullah juga ada bersabda apabila ditanya oleh sahabat seperjuangn dan Nabi saw berpesan 
" la taghdab, la taghdhab, la taghdab" 


nabi saw ulang sebanyak 3x..=)


jangan marah dan cubalah bersabar ye duhai sahabat sekalian..






^___^

Monday, 23 January 2012

kehidupan 13 : 3 soalan dengan 1 penampar

Jawapan dengan Tamparan...










Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.


Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.



Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-




1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir


3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.


Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?



Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?


Pemuda : Ya!


Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!


Pemuda : Saya tidak boleh.


Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa 
mampu melihat wujudnya.


Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?


Pemuda : Tidak.


Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?


Pemuda : Tidak.


Imam : Itulah yang dinamakan takdir.


Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda : Kulit.


Imam : Terbuat dari apa pipi anda?


Pemuda : Kulit.


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Sakit.


Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika

Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk

syaitan...

Sebarkan~


sumber : imam muda hilal

Sunday, 15 January 2012

kehidupan 14 : please give me chance 2 be better person



ya allah..
please forgive me for the wrong that i've done 

ya allah..
give me another chance to prove that i can pass..
please guide me and protect me along the straight path..
and i know that i can make it..
one day i'll be in heaven with YOU..

brother..let me tell you..you ain't acting cool..
lower your gaze, don't go astray..
cuz u're looking like a fool..
we all know( human nature) make us ignorant sometimes..
making us do something we know just ain't right..
what the moral of the story fellaz?
you better watch your back..stay on the right track ..
dont try to act all wack..
cuz it'll all come back to you.. and all you can say is..

sister, don't you dare cry..
cuz girl you know we all fall short sometimes..
dust yourself on, stand tall , dont let it get down..
open your eyes to allah,
you'll see the beauty of all the things that are going your way..
hold your head up high, it'll be okay..

allah is the merciful, the most forgiving..
pray 5 times a day n never stop giving..
you gotta keep on quran, keep iman strong..
n one day , insyaallah you'll be among the stars..
for now you better pray girl..




what happening brother..
i've got a message for you..
there's a little something i need you to do..
see, u've been causing problems since u came to my way.
n i'm not trying to have that, ain't the way i play ..
i dont  need no influence like u in my world..
u've avoiding the Imaan, don't even make solat..
its time to beg for some forgiveness from ya allah..





 ya allah..
please forgive me for the wrong that i've done
 ya allah..give me another chance to prove that i can pass..
please guide me and protect me along the straight path..
and i know that i can make it..
one day i'll be in heaven with YOU..



ya allah.. tolong berikan aku satu lagi peluang...
i believe i'll be with YOU  in heaven