Tuesday, 11 October 2011

KEHIDUPAN 6 : TERASING


salamun lakum ya ahlu jannah...(*_*)

entah kenapa..saya selalu ingin bercerita tentang sahabat, teman dan kawan..
saya juga tidak tahu mengapa saya menjadikan hidup ni seolah2 berteman itu merupakan kewajipan dalam hidup..
entah kenapa seorang teman itu cukup memberi saya satu impak yang besar dalam hidup saya..
dan entah kenapa saya sebak mentadabbur dunia berteman ini yang menyesakkan kehidupan sahabat- sahabat saya..


Sungguh kaki ini makin lemah untuk melangkah..
Tapi tetap juga aku gagahkan kaki ini untuk mengharung ujian itu..
Sungguh aku terasa teramat jauh dan terasing dengan dunia ini..
Ke mana kaki ini ingin melangkah terasa ingin ku hentikan detik detik masa
Agar aku bisa untuk menjadikan diri ini perhatian
Perhatian agar kehadiranku disedari oleh penduduk dunia..
Agar kehadiranku disedari..
Aku bukan boneka yang membisu menurut setiap arahanmu..
Aku bukan bonekamu yang memekakkan telinga menahan setiap ammarahmu..
Dan aku juga bukan bonekamu yang membutakan mata..
Membutakan hati membenarkan kesalahanmu..
Aku juga punya hati dan perasaan yang kau tidak menyedarinya..
Aku juga hati dan perasaan yang aku sendiri tidak pernah mempedulikannya..
Dan kini hati dan perasaan yang terbuku telah menjadi helaian..
Sungguh diri ini tidak mampu untuk bertahan seorang diri..
Diri ini memerlukan teman disisi..
Cukuplah teman yang menghargai diri ini..
Cukuplah teman yang sudi mendengar…
Cukuplah teman yang sudi memahami diri ini..
Kenapa aku terus terusan meratapi nasib diri ?
Sedang rahmat TUhan melebar..



perjalanan mencari TUHAN

HIDUP BERTEMAN

“beb..ape ke hal?sorang je hari nie?” jeritku dari atas pada dia yang dibawah..sungguh lack of manner aku nieh..huhu..
“mana ada..ko tak nampak ke malaikat kiri kanan aku nie?” jawabnya sedikit menjerit macam aku tadi..hee..
Dan jawapan yang dilontarkan olehnya membuatkan aku terpana sebentar..
Astaghfirullah..kenapa derhaka sangat aku pada ALLAH..hidup tanpa terasa bahawa aku sebenarnya bertemankan penjagaNYA..hidup bertemankan ALLAH...
Sementara tengah loading susun ayat, aku membalas..
“sebab aku tak nampak la aku tanya ..” aku gelak..tapi lam otak, aku sedang mentafsir relevankah jawapanku itu? Dan apa yang kau fikir sebenarnya..

fikir dan zikir


Terkadang dan bukan terkadang dan selalunya saya alpa sebenarnya..
saya jarang meletakkan ALLAH dan malaikat penjaga saya itu dalam kehidupan seharian saya..
anda pula bagaimana?
insyaallah..
saya yakin ada tidak seperti saya..

"kak! kenapa dia nie ada jugak?!!" bentak Ogy pada kak nisa. Jarinya dituding pada nurul..tersentak nurul melihatkan Ogy yang tiba -tiba membentak marah.
nurul kaget.ape ke hal minah nie..suka ati kaki aku la nak keluar dengan sape..
"lorh..kenapanya..nurul pun nak outing jugak " jawab kak nisa..
" Ogy x nak pergilah.menyemak  je ada minah nie" nurul dan k.nisa terpana..dan terpaksa memujuk manusia bernama Ogy yang sudah lama berdendam dengan Nurul..

kenapa ya ?
manusia sering merasakan dia memiliki segala- galanya?
sedangkan kita own nothing.
"woi..dia tu hak aku..jangan kau berani dekat dengan dia!"

kenapa ya ?
manusia hasad dengki?
"aku benci betina ni! kalau bukan sebab dia, hari nie aku dah dapat keluar dengan kak nisa..menyemak je!"

kenapa ya?
manusia xpernah nak fikir perasaan insan yang dia cemuh?
"bullshit! ko mintak maaf dengan awek aku sekarang!"

kerana manusia terasa segala- galanya manusia yang punya..
sedangkan ALLAH, TUHAN YANG MAHA MEMBERI,
TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA-GALANYA..

la takhaf wala tahzan..innallaha ma'ana


“Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya”, kata ayah seorang pesakit kepada saya.
Saya mengangguk.
“Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…”, sambungnya lagi.
“Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)”, saya menambah.
“Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?”, sambung beliau.
Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.
“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskinikan ayatnya.
“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi. Fa bi ayyi aalaa’i rabbikuma tukadhdhibaan?“, katanya.
Air mata susah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuan, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air di mata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus terus kuat untuk bertahan dan kami di sekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.
“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah.
Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini.Mengangguk lemah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
(T_*)

الحمد لله على كل حال واستغفر على كل ذنب

duhai teman duhai insan..
daku pernah terasa terasing..
daku juga pernah terasa diperguna..
daku juga pernah terasa ditohmah dan dicerca..
daku juga pernah dipandang sinis dan diperkata..
tapi daku juga pernah berkata 
daku hidup kerana daku punya matlamat..
daku ingin menjadi manusia yang bermanfaat kepadA KALIAN semua..
kalau dahulu daku pernah meratap,berdendam denganmu..
tapi sekarang daku sedar..
andai KALIAN tidak melakukan yang sedemikian kepada daku..
masakan ku mampu untuk mengambil masa berfikir mencari sebab dan musabbab dan natijah kehidupan ku..
kerana KALIAN lah daku belajar
kerana KALIAN lah daku sedar daku tidak berseorangan..
daku ada ALLAH..
daku ada sahabat..
dan daku ada KALIAN..
kerana allah tidak akan membebankan saya dengan apa yang tak  mampu saya pikul..
dan saya tahu ada hikmah di atas apa yang berlaku dalam hidup..


thanx sahabat2

Monday, 10 October 2011

KEHIDUPAN 5 : SIAPA KITA?

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum wbt..



hari nie hari jumaat..
7/10/2011..

penghulu segala hari..

terasa ingin kongsikan sesuatu kerana ..
saya tidak ingin hari saya tidak terisi dengan sesuatu yang dapat mempositifkan hidup saya tentang kehidupan..




hari ini, usim ada buat bicara siswa..


kak catriona ross sebagai jemputan terhormat kami..hohoho..


sungguh..


rasa respek ada terbit lam hati..


melihat satu penghijrahan yang bukan senang nak dapat..
hidayah dari allah..









lesson yang saya dapat kat bicara siswa ni..
jangan kita persoalkan takdir allah yang dah ditetapkan pada kita
bahkan fikirlah kenapa kita diuji..



A   : somebody help me please!!

B   : what should i do dear?


A   : just kill me..

B   : huh? i can’t!

A   : why? You are such a coward person! Just kill me and the problem will solve.
        i’m tired with this life..

B   : you can’t said like that..it is life..life is about a strength to faced everything come over us..calm down dear..ask for allah help..He will help you..He always there but we didn't           recognise him and always forget Him..keep praying to Him....

A   : i know this life is precious but i can’t accept my life..

B   : i know you can live better..and allah, He’s the one who knew the hikmah behind everything that happened to you..Allah and i knew that you are strong enough to accept this test.. i know you are tired but i hope that you will always stand up and dont give up.. if you unsatisfied with this life ,ask allah, tell Him what you feel,what you want ,express everything and allah ‘ll answer and solve your problem insyaallah..

A : solve my problem? How can it be? Are you making a joke?

B :don’t you trust HIM?

A : i do trust HIM..

B : do you believe that He’ll help you?

A : i’m not sure about that..

B : see...u didn’t believe Him enough ..how can He’ll help you..? you did’nt husnuzon with 
Him, how can you believe Him?it is same goes to if you didn’t believe your friend , how could you help them? Allah love is never end and eventhough you didn’t believe Him enough ,still He gave you a chance to live..a chance for you to find what this world refer to, who loved you ,who you loved,what you should do to live better ..it is life..if you didn’t alive, can you know who am i? How meaningful you to  your parents and friends..how strong you are..?

A : allah is the one you should refer to..He know best to you..be tough dear..i’ll always beside you as ALLAH never leave you..=)




conversation yang mempositifkan pemikiran aku tentang kehidupan dan kepercayaan kita pada TUHAN.










pandanglah KAMI YA ALLAH




dan balik saja dari kampus, terus bukak fb..hohoho..

jumpa satu pesanan yang bagi sangat berguna pada kita..
untuk menentukan siapa sebenarnya kita..
adakah kita ni muslim sahaja atau mungkinkah kita ini mukmin?
atau  MUNAFIK?!







Oleh itu, jom baca...


jom muhasabah..


jom tarbiah diri..






Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~
By: Nur Mujahidah






wahai diri..
siapa sebenarnya aku..?
tepuk dada tanya iman..


siapa aku?


Tuesday, 4 October 2011

KEHIDUPAN 4 :JANGAN HINA DIA!

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum ..

homesick!
kenapa saya mesti homesick?huhu..
relevankah soalan itu?
relevan pe..
ingat students yang duk oversea je boleh homesick?saya pun nak homesick jugak..
x salah pun law kita nak berhomesick kan??..
xberdosa pun..
jom berhomesick bersama saya..
toinggg,,,,hee..ehem.

saya tak percaya anda tak homesick! ahaks..

kenapa saya homesick?

sebab saya teringat kat ma n ayah..huhu..
even kol tiap- tiap hari dan bercerita every story that i've went through..
tapi tetap tak puas hati jugak..
nak jugak jumpa ma ayah..
hoho..anakmu kerinduan..ngeh3..

kenapa saya terus homesick?

sebab ma dan ayah selalu sakit..
sebab saya tahu ma ayah takkan pernah sunyi dari diuji dek manusia sekeliling..
sebab saya tahu i can't stand watching n hearing people talk about them..
pn.mariam isa & en.mohd nasir dollah


"puan, ada tak nama khadijah kat kampung ni? tanya pegawai yang entah dari ceruk bumi manakah datangnya dia pun tak tahu..
"khadijah mana ye nak? soalan dilontar dibalas dengan soalan..
"kami nie dari pihak kebajkan orang kurang upaya..dan kami sedang mencari Pn.khadijah binti zamani.." terang pak cik pusat kebajikan lalala tu kepada mak cik separuh umur, mak mah..
" eh xsilap mak cik, orang yang bisu dan pekak sini Mariam sorang je..tak de dah orang lain..dengan penuh semangat Mak Mah memberi maklumat..amboi..mak cik..tak sayang mulut nampakk...
"Mak cik! mak saya bukan Khadijah binti Zamani dan mak saya tak bisu dan tak pekak macam yang mak cik cakap!" tiba- tiba datang anak muda mencelah marah..

ya. mak saya bisu, pekak, tapi bibir tua yang bisu itu lah yang mendoakan saya sehingga saya menjadi manusia berguna.


ya.! mak saya pekak, tapi dengan telinga itulah mak saya mendengar saya bercerita sekalipun dia hanya memandang tangan kami yang mengawang- ngawang bercerita.



siapa ma,ibu,umi,habibati saya?

dialah ma..
mak saya  yang mengelap luka -luka saya..
mak saya  yang jaga dan stay di sisi saya ketika saya diserang asma teruk..
mak saya  yang berlari keluar dari bilik ICU apabila adik saya disahkan paru- paru berair..
mak saya  yang menangis pilu melihat kakak ke2 saya yang menghidap penyakit jantung berlubang..
mak saya  yang menangis melihat abang saya patah ibu jari kaki..
mak saya yang menangis kesyukuran dan tersenyum bahagia menerima cucu pertama nya..
mak saya yang tergelak dan menangis serentak apabila anak- anaknya pulang kerumah tanpa memberitahunya..konon nak buat suspen..huuuhuuu
itu mak saya yang mereka pernah hina..


macam saya kan?ya..hehe.


perlukah kita terasa malu dengan mak kita sedangkan dia lah yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita?



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14) |


"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak dari kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu menyayangi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir"
— 
Hasrizal Abdul Jamil


"achik..ce urut ma tu jap..tak kesian kat ma ke?" cuit ayah pada bahu achik..
"alaa ayah..selalu orang yang kena urut ma..suruh la kak ngah, adik plak..asyik-asyik orang je yang kena buat.." rungut achik sambil memuncung bibir..kak ngah dan adik sengih gumbira.
"chik..ma pernah merungut ke jaga achik masa achik demam?ada ma biarkan je achik macam achik biarkan ma macam nie..ma, masa achik lahir, ma tak bagi even seekor nyamuk pun dekat taw tak? nie ayah suruh achik urut ma pun dah merungut..anak ayah ke macam nie? " tegur ayah sambil menarik telinga achik.sedikit tersentuh hatinya melihat isterinya yang tertidur kepenatan.. 


kita selalu merungut, kan anak- anak sekalian?

hmm..kita selalu kata parents kita tak pernah paham kita..
hmm..kita selalu kata parents kita kuno..mana paham kehendak kita skrg..
"ayah tak paham..zaman dulu logik la kalau tak kaple,tapi sekarang dunia da moden la ayah.."

hmm..kita selalu bimbang..
" nanti kerja t,dapat duit gaji,kena bagi kat mak ayah..adoi..bankrup la aku macam nie..makin tua makin mengada orang tua nie"

kenapa kita begini ye?

ibu kita jenuh berfikir apakah resepi untuk dihidangkan untuk anak- anaknya..
"allah..aku nak masak apa .nie..anak aku nak balik dari U hari ini.." 

ayah kita jenuh fikir macam mana nak cari duit..
"ayah..cikgu mintak duit..cikgu suh bayar yuran secepat mungkin.." kita desak ayah sebab kita rasa malu kita orang paling lambat bayar yuran..
"insyaallah..esok ayah bagi.." ujar ayah menyenangkan hati si anak dan ayah pergi menebalkan muka meminjam duit dengan atuk dan nenek..

tapi kenapa kita begini didepan mak ayah?


agak2 apa perasaan kita bila melihat orang bertekak camnie depan mata?

ayuh kita menjadi anak yang soleh dan solehah..

ya tuhan rabbul izzati..
sebagaimana kau telah menciptakan kami dan melindungi jasad kami selama 9bulan didalam rahim ibunda kami..
sebagaimana kau telah memberikan rahmat dan ganjaran yang besar kepada ibunda kami mengusung berat jasad kami..
sebagaimana kau telah mengangkat darjat as-syahidah bagi ibunda kami yang pergi setelah melahirkan kami..
sebagaimana kau menjadikan ibunda kami sebagai tempat kami berteduh dan mengambil cebisan dari kasihMU..
sebagaimana kau menunjukkan kepada kami keajaiban ciptaanMU yang ada pada ibunda kami..
sebagaimana kau menciptakan 9 emosi dan 1 akal kepada ibunda kami..
sebagaimana itulah kami memohon kepadaMU yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..
sayangilah ayahnanda dan bonda kami sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kecil..
lindungilah mereka dari bala dunia dan azab akhirat sebagaimana mereka melindungi kami sedaya upaya mereka..
jauhkanlah dan jangan kau hampirkan mereka dengan api nerakaMU walau bahangnya sekalipun..
dan binakanlah untuk mereka YA TUHAN YANG MAHA KUASA..
binakanlah mereka istana di syurga kelak..
kerana mereka mengajar kami mengenaliMU..
kerana mereka mengajar kami mendekatiMU..
kerana merekalah kami lahir dan mengenali makrifatMU..
aminnn...



salam sayang salam rindu buat ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
salam rahmat dari ALLAH RABBUL IZZATI..
kepada ibu- ibu dan bapa- bapa sekalian..
samada yang masih terus bernafas didunia ini..
yang masih bertahan dan terus bertahan dengan kerenah- kerenah kami anak- anak..
dan juga yang telah kembali ke rahmatullah..
ketahuilah kami pernah mencintaimu dan akan terus menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi dan bersabar dengan kami..

Sunday, 2 October 2011

KEHIDUPAN 3.. THIS IS LIFE

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum…


there is a day..
a day which thought me about life..
a life which starts with a life..
there is a Great lecturer thought me about life..
ustaz ayyad namanya..baghdad bumi kelahirannya..

ما المراد بهذا جملة؟
" ولدت فيها "

"apa yang dimaksudkan dengan ayat ini?
"saya dilahirkan disitu?"
ceritakan..

"umm..ust..saya dilahirkan oleh ibu saya di sebuah kampung.." ujar nasir sambil tergelak..memang la..kalau tak ibu kita yang beranakkan kita sape lagi?ayah kita?hehehe..
"saya dilahirkan di kajang..saya punya ramai kawan.." afaf pula menjawab..
"saya dilahirkan di kampung kat kelantan..kampung lebih aman dari bandar..tak bising macam bandar.." dan ini saya yang menjawab..hehe..bajet nak promote serambi mekah la aku nie..hahaha..
"kat kampung saya ada tasik, ada sawah padi, banyak kenangan saya kat kampung.." yang nie saya dah lupa siapa yang menjawab..rasa-rasanya budak sabah..ahah..ingat dah. Sarji namanya..

bukan kampung saya..haha


memula ust tu masuk lam kelas kami, jantung berdegup-degup..kencang jugak..mana taknye..muka garang giler..fully arabic. suara pulak kuat cam gempita..tapi mata biru..awww..comel..hoho..tapi semangat ustaz nie buat kami terasa macam dapat semangat baru..terasa seronak nak belajar.

syeikh abdurrahman as-sudais 


setiap seorang dari kami diberi masa 5minit untuk membentangkan tajuk "kenapa saya sayang kampung saya?" 
 macam tak logik kan? memang keluar dari silibus ALSP.. tapi alhamdulillah..kami dapat apa yang kami cari dalam hidup bila menuntut ilmu dengan ustaz baghdad nie..

saya masih ingat lagi..ustaz cakap "mari hari"
memang tergelak besar budak- budak ni bila ust sebut ayat tu..pelik beno..haha..
jenuh fikir..mari hari tu ape? rupa- rupanya mari, hurry..
hahaha.. dia suruh cepat keluar ke depan rupanya..adoi..pending betul la..

apabila tiba turn saya kena bentang..ehemm..agak gemuruh tapi buat relax..takut..hoho..

"saya tinggal di kota bharu kelantan.. saya ada 7 beradik seorang abang..saya tinggal berdekatan dengan rumah ulama' besar, tuan guru nik aziz ni mat" belum sempat habis bercerita,ustaz tepuk tangan sambil angguk-angguk.. sakan. mak aih..semput aku ustaz nie..adoi...ustaz angkat ibu jari tanda good..
suka sangat dia bila saya sebut tuk guru..kenal ke? entah..haha..

tuan guru nik aziz nik mat *atuk saya* hehe =)


kemudian, ustaz pun bercerita..

What do u understand from that words?
"saya lahir di situ"

perkara pertama yang kita kenal bukan mak ayah kita..
perkara pertama yang kita kenal adalah hidup..
lahir dan hidup ke dunia..
thats it! 
life! 
And alive..


Aku : law ko nak to4 pointer ko ,skorkan tuk paper usuluddin
Dia : aku xpandai macam ko
Aku : aku lahir terus pandai ke?
Dia : ye la
Aku : ko lahir terus pandai makan sendiri tanpa disuap ke?
Dia : yup
Aku : tgk.. memula lahir je ko da pandai makan sendiri..maknanya,ko blh je nk ubah takdir ko..tp aku lahir kna parents aku suap dulu sampai la aku pandai makan sendiri..jangan cepat putus asa dengan diri sendiri sedangkan kita tahu kita mampu nak berusaha kepada yang lebih baik.
see..kita pernah fikir tak?hidup nie tak secomplicated yang kita rasa 
Lesson : 
hidup nie jangan terlalu cepat berputus asa..even kte nmpak seolah2 bumi tu nk hempap kita ,seolah2 ahli sumo 2 nak hmpap kita yang tinggal tulang je nie..tapi  kita masih boleh berdoa..kita masih lagi boleh lari selagi kiamat itu belum berlaku sbb kita boleh berdoa pada allah selamatkan kita dari bala itu dan allah itu maha kuasa nk kembalikan bumi itu kepada stabil..xmustahil sbb allah itu maha kuasa maha agung..knp nk terlalu cepat putus asa dan berserah terus kpd takdir tanpa yakin bahwa allah boleh mengubah apa yang ditakdirkan tuk kita..
tapi ingat 
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها "” ..
allah xkan beban kan kita dengan ssuatu yg kita x mampu nk pikul..
allah nk kita tahu allah pandang kita..ambil berat pasal kita..buatnya allah x tengok kita langsung? Apa kita nk buat? 
hidup ni ibarat buah shuttle..ye la..kita berusaha jgak nk pukul shuttle tu..jatuh,bangun lagi..ke kanan,kiri,depan belakang..semua jalan dah kita jelajah..last2 even kalah,at least kita da cuba yang terbaik..kita kalah slps berusaha..kita x duduk tercongok tengok je shuttle 2 dipukul..fikirkanlah bahawa hidup nie hanya lah persingghan..sekejap je..sampai  masa nanti kita kena kembali pada allah..x rugi untuk berusaha kepada hidup yg lebih baik kan.berubah kepada yang lebih baik itu is not a crime and to fall in love is not a crime too..ek?
jatuh bangun macam nie..adoi

we feel tired to talk about the person that appear in our life
That made our life worse
But they are the people who teach us about life actually..
How we need to survive in this world
Without anyone beside us..
Teach us that life is not about to be happy all the time ..
But life is about how to create the day..
Life is not just about a happy couple
But life is about how to make the relationship become stronger day by day..
Life is not just about give and take..
But it is about how its teach us about what you give you get back..
Life is not just about the worst day that we've going through..
But it is about how we make the day become the lesson day of the world..
Life is not just about a friend become an enemy..
Or a family become a stranger..
But life is about how to be a better person to the people around us..
To be the better person for ourselves..
And life is not just knowing that we’re ALLAH creation..
but life is about how to know HIM..
How to get close to HIM..
How to miss HIM ..
How to love HIM than others..
never quit..
This is life..