Derita
Derita yang dia rasai tiada siapa yang
merasai. Siapa sangka ujian baginya tidak pernah berhenti. Dialah yang paling
kecil dalam keluarga kami. Walaupun anak kedua dari kami 7 beradik. Ya. Dia tidak
belajar sampai university. Hanya sampai setakat STPM. Dan kini dia hanya tinggal di rumah bersama
parents kami dan nenek.
Suatu ketika dulu, dia pernah ke kota
London selama 6 bulan. Ku kira langkahnya ke sana untuk menemani cucu-cucu
guruku, teacher kamariah. Tapi sangkaanku meleset. Dia dilayan seperti orang
gaji. Aku menyesal. Istikharahku tidak membantuku. Istikharahku menyusahkan
dia. Dia kakakku yang paling kecil. Dia kakakku yang paling tabah. Dia bertahan
menerima setiap ujian dari tuhan. Keseorangan. 6 bulan. Bukan tempoh yang
singkat. Dia sering menghubungi kami di tanah air. Tapi gurau sendanya sering
kali kami tersalah anggap dia bahagia tetapi dia tidak bahagia.
Ku tahu allah penemannya ketika itu,
tetapi ku tidak tahu mengapa ujian baginya
tidak pernah berhenti. Ya. Aku yakin dengan janji allah bahawa setiap
ujian itu menandakan cinta allah terjamin untuknya. Tetapi untuk seorang
seperti kakakku yang imannya tidak seperti kamu, adakah kamu fikir dia mampu
untuk bersangka baik dengan tuhan? Adakah dia berfikir seperti kamu yang
merasakan ujian itu satu nikmat?
Tidak!
Malam itu..
Dia mengadu kepadaku. Tidak pernah sekelumit
ikhlas lahir dari hatinya. Tapi ku kira ikhlas dalam keterpaksaan. Hatinya mungkin
lemah kerana hanya dia yang merasa.
Berat mata memandang berat lagi bahu
memikul.
Tanggungjawab menjaga nenekku, segalanya
diserahkan padanya. aku memandang setiap tingkah lakunya. Ya. Ikhlas dalam
keterpaksaan. Setiap jam 6 pagi, dia membangunkan nenekku yang tidak mampu
untuk bangun. Berjalan. Bertutur. Bergerak. Semua sudah gagal. Tubuh kecil dia
mengangkat nenekku duduk di atas wheelchair ke bilik air. Mandikan. Pakaikan pampers.
Pakaikan baju. Semuanya tubuh kecilnya yang lakukan. Aku menitis air mata. Tubuh
kecil itu tidak pernah berhenti mengambil senafas rehat.
Di mana simpati mu?
Aku hairan. Dimana tanggungjawab kamu
sebagai seorang anak pada ibunya? Tanggungjawabnya diberikan kepada kami
cucunya. Pak longku, indah khabar dari rupa. Kamu pernah berkata
“ pak long sayang nak tinggal majlis ilmu
di nilai itu, sebab tu pak long tak pegi mana2”
Ayat itu sangat menyakitkan hati aku. Hati kecil kakakku juga.
Bagaimana akal yang hebat itu mampu
berkata sedemikian? Daku akhirnya membuat konklusiku sendiri sehingga ayatku
mengundang ammarah anak perempuannya. Dan aku kira bukan hanya dia yang terasa
tetapi sepupuku yang lain.
“ tiket syurga itu tidak cukup hanya
dengan memberi kemewahan pada ibu bapa..
Tidak cukup dengan menggajikan orang gaji
..
Tetapi khidmat.”
Aku kira ayat ini mampu menjentik hati
mereka. Namun, sangkaanku meleset.
Mereka terlalu hebat dan mulia berbanding
kami orang kampong.
Andai dia
seperti kamu
Laluilah takdir dengan ikhlas, kitalah yang
menjadikan kehendak kita selari dengan kehendak Allah. Enjoy dis moment sebagai
hiburan daripada Allah.
Aku tersentuh.
Kata-kata ini belum tentu mampu menyentuh hati
kecil itu.
Dia tidak sehebat kamu