Wednesday 28 November 2012

SEMUDAH ITUKAH MATI?

alkisah...





" awak...kalau awak sedar dari tidur, then awak tengok saya dah tak bernyawa lagi dah..awak nak buat apa?"
suara itu sayup2 bertanya di telingaku sebelum sempat aku  melelapkan mata..diri ini sedaya upaya cuba nak tidur awal memandangkan aku ada final exam madah ulum quran tuk diperjuangkan esok nya..tapi bila soalan itu dilontarkan, mata dah tak mampu nak lelap dah..

"eh? soalan jenis apa tu u?" aku merenung wajah disisi aku ini..insan tersayang yang selalu memaksa aku makan ubat..heee ^______^

"kalau i tak de dah esok, u nak pergi exam ke tak esok?" lembut suara itu bertanya sambil mengusap kepala aku.

"umm...saya pergi kejap je..sebelum saya pergi exam, saya akan pastikan saya mandikan jenazah awak dulu baru saya pergi exam..dan saya akan pastikan saya jawab sejam je..huhu" aku menjawab pertanyaannya..seolah-olah saya yang menentukan hidup ini..
dan tiba -tiba pipi aku ditepuk lembut..

"x boleh la macam tu..awak kena pergi jgak...yang pergi biarkan dia pergi.."

"u??" saya tak paham.

"kalau i tak de nanti u jangan menangis taw..u kena redha..jangan menangis, nanti i sakit.." aku cuba membantah tapi tak mampu nak membantah..dan akhirnya aku diam..

kehidupan yang mengajar kehidupan..

terkadang...

sering kita menjadikan mati itu sebagai jalan terakhir yang kita pilih..

"ok..hari ni saya nak buat quiz ye..." haaa??? rahang pelajar bts3.4 jatuh ke bawah..ada yang menelan air liur..ada juga yang tertunduk pasrah..tak kurang juga da yang tetibe ketawa..tensen la katakan..hehe..
ada juga yang..
"what the hal nie sir..adoi..mati la aku.."
"habislah aku"..
"ah sudahhhh.."

dan apa jalan yang kita terpaksa ambil?

hentam la labu..ngeh3..

tapi apa persepsi yang kita fikir terlebih dahulu? matilah aku..
kenapa semua ujian itu kita meletakkan kepada satu titik terakhhir dalam hidup kita?
seolah -olah sudah tiada ruang untuk keluar dan memecahkan belenggu itu..
sedangkan...

" ان مع العسر يسرى"
setiap kesulitan ada kesenangan.."

"فإذا فرغت فانصاب والى ربك فرغب"

dan....


semudah itukah mati?

Monday 19 November 2012

MINTALAH YANG TERBAIK DARINYA




Assalamualaikum..
Salam sejahtera penghuni syurga sekalian…
Setelah Sekian lama mencari diri..
Mengenal diri..
Di mana takrif diri saya sendiri..
Dan bagaimana takrif diri saya yang bergelar hamba disisi allah
Background story membuat diri terasa hina dan dina..




Ketika syeikh Ibrahim ibn adham ditanya tentang bagaimana jalan menuju zuhud ,beliau telah menjawab :

بثلاثة اشياء: رايت القبر موحشا وليس معي مؤنس ورايت طريقا طويلا وليس معي زاد ورايت الجبار قاضيا وليس لي حجة

Maksudnye : “ melalui 3 perkara : aku melihat kubur itu mengerikan namun aku belum mempunyai penolong (dari kengeriannya), aku melihat jalan yang panjang menuju ke akhirat namun aku belum memiliki apa-apa bekalan untuk ke sana, aku melihat ALLAH yang maha  perkasa akan membicarakan aku (atas apa yang aku usahakan) padahal aku belum mempunyai hujjah (untuk menghadapi perbicaraannya).

Penolong dalam kubur..penolong disaat disoal oleh munkar dan nakir..penolong disaat diri hampir terjunam ke dalam lembah neraka..
Siapa dan apakah?
Masyaallah..diri akan terselamat walau ada sebesar zarah iman sekalipun didalam dada..
Dan hanya ALLAH pelindung terbaik yang ana ada disaat ana tidak punya sesiapa..ana punya saudara,ana punya sahabat,ana punya ibu bapa..tapi semua itu tidak akan menyelamatkan ana..yang ana perlu hanya iman..

“ kenapa awak buat saya mcm nie?”
“entah ..saje..”
“kenapa awak fitnah saya?
“saje…”
Sahabat saya pernah berkata :
“apa je yang kita lakukan, kita mengambil remeh sesuatu perkara,macam mana nak jawab depan allah? Saje…???

Tersentap!
Terkadang ..
Ana mengambil mudah setiap perkara..
Tidak pernah terlintas dan mungkin pernah terlintas dalam zihni tapi ana take it for granted..
At last..semua perkara remeh yang ana pandang ringan sedangkan ianya sebesar gunung yang ana sendiri tidak pernah pikul semuanya diambil kira.
Maka , syurga yang indah lagi mahal itu,agak-agak ada tempatkah untuk  ana yang lalai ini??
bersangka baiklah pada ALLAH..itu yang ana sentiasa nasihatkan pada diri yang selalu bermaksiat pada ALLAH..





insan..
manusia yang pelupa..manusia yang lemah tidak berdaya..kaki yang melangkah ini tidak akan terlangkah andai bukan dengan kehendak ALLAH yang mengizinkannya..
jari jemari ini tidak akan mergerak menaip seandainya allah tidak memerintahkannya untuk bergerak..dan semoga apa yang ana taip ini mampu menjentik hati-hati kembali kepada fitrah hidup sebagai hamba.

Segala-segalanya kita berhajat kepada Pencipta. Sebagaimana hidupan berhajat kepada mekanisme alam untuk survive..

Islam itu diibaratkan 5-0 = 0

Kita tolak hujan maka matilah hidupan.
Kita tolak matahari maka matilah hidupan
Dan kita tolak ALLAH maka mati kekufuranlah kita..
Sebagai hidupan..kita berharap kepada yang HIDUP ..TUHAN YANG HIDUP DAN TIDAK PERNAH MATI..

Kita yang akan mati mengharap agar allah panjangkan umur dalam kebaikan..
Kita yang sakit mengharap agar allah sihatkan kita..
Kita punya hajat..kita punya matlamat,kita punya visi..
Tapi sejauh mana matlamat,visi misi dan hajat itu kita sandarkan kepada ALLAH..


Kita mengharap ALLAH makbulkan hajat kita tapi sejauh mana kita tunaikan perintah allah terhadap kita..ALLAH tidak berhajat apa-apa kepada kita.kita yang sentiasa berhajat..sedang allah hanya ingin kita sembah sujud kepadaNya..

Allah tidak perlukan ana tapi ana perlukan allah. ALLAH tidak akan mati tanpa ana tapi hati ana akan mati tanpa ALLAH..

Sebuah syair arab menyebut:

نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي

Maksudnya : kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis (selagi tidak mati)


Benar..Hajat ana sentiada ada sampai ana mati..terkadang apa yang ana minta itu bukanlah satu keutamaan tapi kehendak  yang terhasil terhadap kecintaan terhadap dunia berbanding akhirat yang kekal sehingga ana tidak mampu membezakan yang mana keutamaan dan keinginan.

Hajat inginkan keluarga bahagia..hajat ingin membahagiakan ma ayah..hajat ingin mdapat suami soleh tanpa ana perlu bermaksiat dengannya..hajat inginkan zuriat yang akan bawak islam di mata dunia,hajat ingin Berjaya dalam pelajaran..hajat ingin bertemu dengan rasulullah..hajat ingin bertemu dengan ALLAH?? Hajat yang terbesar yang ana punya sekalipun itu hanya hajat yang akan termakbul bila mana ana serahkan jiwa dan raga ana untuk DIA. Semua itu hajat ana..hajat yang ana harapkan..


Benarlah yahya ibn muaz menyebut :
“orang mulia tidak akan bermaksiat kepada ALLAH swt dan orang yang bijaksana tidak akan mementingkan dunia mengatasi kepentingan akhirat”

Syeikh ibn athaillah berkata:

خير ما تطلبه منه ما هو طالبه منك

“ Sebaik- baik  yang patut engkau pohon dariNYA ialah mohonlah hidayah darinya agar 
engkau mampu melaksanakan apa yang DIA perintahkan”

Subhanallah.inilah permintaan yang agung..permintaan yang terhasil dari mata hati yang jernih yang memandang pemilik dunia melebihi dunia yang akan ditinggalkan.

Abuya hamka:
“ orang yang celik mata hatinya itu bila memandang,walaupun matanya memandang alam namun hatinya tetap memandang TUHAN”

Oleh itu mohonlah yang terbaik darinya..

ALLAH tahu melebihi apa yang kita mahu..


in shaa allah..semuanya khaer..